KRONOLOGI INSIDEN – KONTROVERSI PROJEK DI BAZAAR NUR RAMADHAN SUBANG JAYA
Note : DQSS ialah sebuah syarikat sdn bhd yang menjadi proksi untuk projek ini yang disertai oleh Saya ( Ahmad Safawi ), Datin Fara , Puan Fadillah dan Pn Harnani
1. Pada minggu pertama Julai DQSS diminta olih Persatuan Peniaga
( nama sebenar di rahsiakan ) melalui Puan Fadillah Tajuddin yang pada ketika itu adalah ahli Persatuan tersebut akan peluang berkerjasama untuk bazzar Ramadhan disemua cawangan Pasaraya besar dan terkenal (nama sebenar juga dirahsiakan ) diseluruh Negara kerana mengikut cerita Persatuan mendapat kontrak tersebut.
Persatuan meminta pihak DQSS membantu mencari peniaga dengan syarat semua peniaga mesti menjadi ahli dengan bayaran RM34.00 sahaja .Mereka tidak memerlukan keuntungan
cuma ingin bazaar ini dapat dijayakan, kata persatuan.
2. Setelah itu DQSS bersetuju untuk memberi kerjasama dengan
Persatuan dan sekiranya ada keuntungan akan diagih secara sama.
3. Pada 12/7/10 ,DQSS diminta membuat pembayaran RM10,000
walaupun terasa terkejut tetapi DQSS membayarnya kerana DQSS telah berjanji untuk berkerjasama.dan cek itu diminta ditulis atas nama (BRM) sebuah syarikat bumiputera , selepas itu barulah DQSS tahu kontrak itu sebenarnya diberikan oleh Pasaraya tersebut kepada BRM dan satu surat bertajuk From the desk of Tan Sri XX ditunjukkan untuk menyakinkan DQSS bahawa projek ini disokong oeih Pengerusi pasaraya tersebut .
4. Pada 28/7/10 BRM melalui Persatuan peniaga
meminta DQSS membuat 3 cek berjumlah RM43,280,RM9,735 dan RM 8,900.00 dan DQSS telah menulis cek itu diatas nama
MDSB ( anak syarikat pasaraya tersebut ) .Keesokkan hari mereka menolak Cek itu dan kemudian meminta bank draft ketika itu amat sukar untuk menarik diri lalu DQSS membuat bank draft berjumlah RM21,398 dan kemudian RM6,776.00 diatas nama MDSB
5. Selepas itu dengan garis panduan yang diberi oleh pihak persatuan
DQSS telah mengiklankan disurat khabar akan peluang berniaga bazaar ramadhan di pasaraya tersebut dengan harga dan ruang niaga yang berpandukan maklumat yang di berikan oleh persatuan .
6. Tarikh bazzar Ramadhan harus dimulakan ialah pada 5/8/10 dari
11.00 pagi ke 11.00 malam.
7. Setelah mendapat respon dari peniaga pada 4/.8/10 pihak DQSS mendapat tahu tapak yang sama BRM telah menjualnya
kepada 2 pengurus acara lain iaitu Mr.Rob seorang Bangladesh yang membawa 16 peniaga dan Mr Jeremy dari Johor membawa 10 peniaga dan pihak DQSS sendiri 8 peniaga.Sedangkan jumlah tapak yang di benarkan hanya 8 tapak di salah satu pasaraya besar itu. Dan pengurus acara tersebut juga telah membayar kepada BRM. Disamping itu juga pada 3/8/10 BRM meminta kami membayarnya RM48,000 atau RM 900/satu peniaga untuk keseluruhan tapak niaga di 4 cawangan pasaraya tersebut.
8. Pada 5/8/10 kami tidak dapat mendirikan kanopi sehinggalah pada
9/8/10 kanopi dapat didirikan dan DQSS memasukkan peniaga yang telah mendaftar ,namun kekecohan berlaku kerana 26 peniaga lain tiada tempat dan menjadi lebih haru iklan yang dibuat menawarkan size 20 x 20 tetapi pihak pasaraya hanya membenarkan tapak bersize16x 16 dan kemudian separuh untuk walkway.
Keadaan menjadi lebih buruk bila DQSS mendapat tahu pihak BRM tidak memohon lessen berniaga dan memasang kanopi dari Majlis Penbandaran Subang Jaya meskipun pada asalnya pengurusan perlesenan adalah di bawah tanggungjawab mereka .Oleh kerana tidaka mahu apa juga berlaku kepada peniaga yang telah pun mendaftar dan memulakan perniagaan. DQSS telah membayar lessen perniagaan sementara dengan jumlah RM3,680 atas nama BRM kerana mereka adalah yang mendapat kontrak dari pasaraya tersebut.
Setelah mendapat tahu perkara ini pihak peniaga menjadi marah dan menimbulkan bantahan kerana tidak puas hati dengan ruang yang dibayar lalu untuk melegakan keadaan ‘reimbursement telah dibuat’ dan sebanyak RM7288.00 DQSS kembalikan kepada peniaga untuk menenangkan keadaan.
Setelah reda DQSS berjumpa Dato Seri XX Pengerusi BRM dan beliau secara lantang menyatakan DQSS tidak ada kiatan dengan BRM dan kontrak tersebut adalah diantara Pasaraya dengan BRM dan Persatuan. DQSS akur namun persoalan DQSS kepada mereka kenapa duit DQSS mereka terima dan iktirafkan .
Sehari kemudian 13/8/10 kami menerima sms dari Dato Seri XX
meminta DQSS dan team meninggalkan Pasaraya Subang dan kami dikatakan sudah tiada kaitan dengan peniaga .Di pihak peniaga pula diwar warkan DQSS telah melarikan diri dan ini membuat peniaga naik marah.
DQSS telah berkejar untuk berhadapan dengan peniaga dan membuat penjelasan .Sepanjang satu bulan berinteraksi dengan BRM menggunakan nama Tan Sri XX dan mereka yakin dengan tandatangan Tan Sri mereka boleh melalui dan berbuat apa saja juga di pasaraya tersebut dengan mudah.
Setelah DQSS membuat selidikan DQSS mendapat tahu Tan Sri memberi sokongan kerana untuk peniaga Melayu agar dapat berniaga dengan murah dipasaraya tersebut namun BRM tidak memegang amanah ini sebaliknya memeras kami memberi mereka duit tanpa mereka mengeluarkan modal serta mengenakan tambahan sewa tapak yang tinggi malah lebih tinggi dari sewa tapak yang dikenakan oleh pasaraya tersebut.
Pada 178/10 DQSS mendapat tahu dari pengurusan Pasaraya Subang bahawa BRM telah menulis surat untuk menarik diri
dari mengendalikan bazaar Ramdhan di pasaraya tersebut.
Bayangkan apa akan terjadi kepada peniaga ?dan yang paling menyedihkan DQSS telah mengeluarkan modal dan telah membuat bayaran seperti berikut :
RM 10,000 dibayar kepada BRM
RM21,398 Bank draf kepada MDSB
RM 6,776 Bank draft kepada MDSB
RM 3,680 Lesen MPSJ
RM 6,000 Khemah
RM 5,400 duit peniaga diambil oleh BRM
Jumlah besar pelaburan DQSS ialah RM 53,254.00
Tuesday, August 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Please note,
Some writing and writer in this blog
is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.