Pages


 

Tuesday, June 29, 2010

Yang "diatas" atau Yang "dibawah"..

0 comments


Kita adalah manusia yang bebas memilih samada mahu yang di bawah atau yang diatas, mahu duduk di bawah atau mahu duduk yang diatas. Yang diatas selalunya adalah yang pemimpin atau yang pengemudi atau yang memikir atau yang lebih berisiko untuk jatuh kebawah jika tidak kuat atau yang bawah menggulingkan yang duduk diatas.


Gambaran apakah ini ? Saya ingin menumpukan bayangan maksud dan kata-kata diatas kepada bidang yang agak tidak asing lagi yang sudah tentu berkaitan dengan kehidupan kita seharian.


Ada kawan-kawan saya berniaga atau dalam erti kata lain 'Bekerja Sendiri" dan ada jugak kawan-kawan saya yang makan gaji tak kiralah dengan kerajaan atau dengan swasta. Maka saya istilah kan para pemikir,pengarah,ketua,pengerusi,peniaga,usahawan dan pengawai tinggi adalah yang "diatas", dan golongan yang di berada di bawah pengaruh mereka semua tadi adalah yang 'dibawah'.


Sejak malam tadi hingga ke petang ini saya berjumpa dengan 3 orang insan,manusia dan orang yang agak rapat dengan saya. 2 lelaki dan 1 perempuan. Yang lelaki ini seorang adalah makan gaji (swasta ) dan yang seorang adalah peniaga dan yang perempuan adalah pekerja sektor kerajaan (makan gaji ) . Saya terfikir tentang perkataan "diatas' dan 'dibawah' ini setelah saya bertemu dengan rakan saya yang perempuan itu 2 jam sebelum tulisan ini ditulis.


Beliau mempamerkan keluhan,rintihan dan kemuraman disebabkan suami beliau yang sedang dirundung kesedihan ekonomi yang merudum akibat pembayaran masuk yang tertunda dan terhenti. Beliau memperkatakan 'alangkah bagusnya kerja makan gaji' "tak de la susah macam ni " katanya yang saya lihat seolah-olah bernada kesal.


Kita tunda kisah tentang 2 orang kawan saya yang lelaki tadi dan kita tumpukan kepada rakan saya yang wanita ini . Kerana saya merasa agak terkesan dengan keluhan beliau. Bukan kerana apa tapi kerana saya juga adalah pemikir dan pengusaha serta peniaga sepenuh masa. Banyak waktu dalam hidup saya habiskan dengan berfikir dan berusaha kearah peniagaan. Kerana saya melihat dunia peniagaan adalah dunia yang luas dan menjanjikan kekuatan yang besar untuk membentuk sebuah kehidupan.


Kita perlu kekuatan ekonomi, kita perlu jadi pemacu ekonomi bukan pengikut arus ekonomi,kita perlu jadi yang diatas, kita perlu jadi orang yang membentuk bukan yang dibentuk.


Kebetulan kami berdua berbincang disebuah cafe di syarikat tempat beliau berkerja. Saya memberikan ulasan dengan kata-kata seperti yang tersebut diatas. Ramai yang suka berada di bawah kerana dibawah tidak perlu banyak kerja , tak perlu nak bergerak banyak, dan tidak berisiko untuk jatuh dari tempat yang tinggi.


Yang saya maksudkan disini ialah terpulang pada anda semua samada mahu menjadi pekerja bawahan atau pekerja atasan. Anda bebas memilih samada mahu jadi pemikir (thinkers) atau pekerja (workers). Yang dibawah hanya menurut arahan ,kerja dan cukup bulan cucuk bank duit keluar. Itu pekerja bawahan atau dalam erti kata lain workers.


Dan yang diatas pemikir,pengarah-pengarah, ketua-ketua atau bos-bos ,peniaga-peniaga ini adalah orang yang begitu berani berada diatas ,berani mengambil risiko jatuh, berani berurusan dengan pekerja bawahan yang beribu-ribu,mereka ini yang siang dan malam berfikir 'bagaimana untuk mencari wang agar dapat membayar gaji orang bawahan' , mereka ini yang sanggup menggadai tanah-tanah, wang ringgit dan barang kemas dan sebagainya untuk mewujudkan peluang kerja kepada golongan bawahan ini. Jika tidak ada yang diatas ini makan tiada yang dibawah. Jika yang diatas tidak memerah otak dan tidak cukup tidur mereka , yang dibawah tidak akan mampu untuk tidor di tilam yang empuk sekalipun.


Kalaulah golongan seperti ini (thinkers) ini tidak mendapat sokongan dari orang yang berada disamping mereka sekiranya berada dalam kesusahan dan kesukaran maka akan pupuslah mereka ini dari muka bumi ini. Dan akhirnya kehidupan menjadi lesu dan pekerjaan menjadi goyah. Ekonomi menjadi merudum.


Saya teringat sebuah Hotel yang terletak di Seri Kembangan (Mint Hotel) bagaimana Mint Hotel yang dahulunya maju akhirnya tutup dan bankrap akibat kematian tuan punya hotel tersebut.


Lalu apakah moral dari cerita ini , samada kita mahu berada diatas atau berada dibawah itu terpulang kepada kita dan yang diatas bergantung di bawah dan yang di bawah juga memerlukan yang diatas. Hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa kerjasama masalah tak akan dapat diselesaikan dengan sempurna.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards