Tapak Parking 2B di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ini setahun yang lalu hanyalah tempat mainan monyet-monyet liar. Tapak ini hanya digunakan 2 tahun sekali ketika pameran MAHA.
Di satu tempat yang lain terdapat sekumpulan insan yang berhati mulia seramai lebih dari 10 orang mengambil cabaran besar dengan memikir,mengatur dan mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit untuk mewujudkan peluang kepada insan-insan bersaudara yang memerlukan tambahan pendapatan bagi menyara keluarga.
Di satu tempat yang lain terdapat sekumpulan insan yang berhati mulia seramai lebih dari 10 orang mengambil cabaran besar dengan memikir,mengatur dan mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit untuk mewujudkan peluang kepada insan-insan bersaudara yang memerlukan tambahan pendapatan bagi menyara keluarga.
Dengan penuh keiklasan dan kejujuran, kumpulan ini melihat tidak ada tempat lain untuk mencuba dan mencabar keupayaan membangunkan sebuah peluang kepada masa depan. Lalu tercetus lah idea pembukaan pasar terbuka atau bazaar@maeps oleh ketua kumpulannya iaitu En Ahmad Safawi Taharim yang popular dengan panggilan "En Mat". Atas rasa tangunggjawab yang tidak berbelah bahagi di samping ingin melihat sesuatu idea itu benar-benar berhasil maka segala usaha dan keupayaan di gembeling, bekerja siang dan malam untuk memikir dan membangunkan Tapak Parking 2B tersebut.
Maka pada 27 Jun 2009 apa yang dirancang membuahkan hasil dengan lebih dari 130 peniaga menyertai pasar ini meskipun masih dibayangi dengan ketakutan dan kegelisahan "Bejayakah?". Pelbagai karenah ,masalah, makian, cercaan dan ketidak puashatian di tangani oleh kumpulan ini dengan penuh ketenangan. Hidup penuh ceria meskipun kepenatan.
Ketika Taklimat pembukaan, satu pengumuman mengejutkan di buat oleh Pemilik tapak parking 2B ini. " 6 bulan free run" , wajah-wajah kegembiraan terpancar di wajah-wajah insan-insan peniaga ini. Memang sepatutnya begitu, kerana pasar ini masih baru dan ditempat baru. Kita bukan nak buka sehari ,kita nak buka sepanjang masa, mana mungkin perkara yang sehari ini sudah boleh begitu popular.
Pada ketika tarikh itu, jika kita gunakan carian google 'bazaar@maeps' malah jika guna kata kunci 'maeps' sendiri pun anda tidak akan menemui atau tahu dimana itu maeps, dan apa itu bazaar@maeps.
Kumpulan yang terdiri daripada peniaga,pekerja swasta dan kerajaan tersebut begitu komited dalam memperkembangkan info dan maklumat tentang pasar ini, mereka bekerja keras , memasukan maklumat kedalam jaringan internet, dan hasilnya sekarang cuba anda taip 'bazaar@maeps' di enjin carian google. Itu lah hasil kerja kumpulan ini.
Kumpulan ini yang diketui oleh En Ahmad Safawi Taharim atau dengan panggilan mesra "EN MAT" ini menerima inbois pertama yang agak mengejutkan apabila dikenakan bayaran penggunaan meter utiliti sebanyak RM1400 sehari dari pihak tuan empunya 2B ini. Apa lagi yang hendak dikata. Diam aja. "Dulu kata percuma, sekarang kena bayar pulak" , "kita dah la tak kutip dari peniaga sebarang bayaran, malah kos penyelengaraan di keluarkan sendiri oleh kumpulan ini" Bila nak kutip dari peniaga nanti adalah yang kata " ni mesti kumpulan ni yang nak makan duit".
Perlbagai situasi dan persimpangan dilalui, hingga tak mampu di luahkan dengan kata-kata. Namun lihat sahaja , apa sudah jadi kini , anda boleh datang dan lihat Tapak Parking 2B ini sekarang sudah begitu meriah macam pesta. Ada Go-Kart, ada Drift.
Namun ia sudah tidak lagi kepunyaan Kumpulan ini, ia sudah tidak lagi kepunyaan En Mat, Apabila baki 40% kepentingan dalam Meias Management terpaksa di korbankan dan dijual untuk melupuskan tanggungan hutang dengan pihak tuan tanah dan tuntutan kerugian ketika Karnival pelancaran yang tiada sumbangan 100% dari peniaga yang hanya tahu nak untung serta kegagalan operasi di hari AHAD, maka natijahnya En Mat yang dahulunya begitu bersemangat dan gigih terpaksa menanggung kesemuanya , akibat keihlasan untuk membantu orang lain yang kadang-kadang dilihat tidak tahu menghargai pengorbanan dan kepayaan untuk membangunkan pasar ini.
Pasar ini yang dahulunya adalah rumah kedua, kini sudah jadi duri dalam tangan yang hanya mampu dilihat tapi tak bisa di genggam dan di pegang. Mungkin satu kesilapan dan kesalahan telah berlaku. Namun inilah hakikatnya yang harus ditelan ,biarpun pahit. Pengorbanan harus dilakukan demi menjamin kelangsungan perjalanan bazaar ini di masa depan.
Ibnu Taharim ( En Mat )
Seri Kembangan, 30 Julai 2010
Seri Kembangan, 30 Julai 2010
1 comments:
ya... inilah realiti hasil daripada cetusan idea 'en. mat' dan pengorbanannya.. segala baik buruk ditempuhi sehinggalah dilepaskan...
harap bazaar ni akan kekal selamanya.....
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.