Pages


 

Wednesday, June 30, 2010

81 ribu anak luar nikah.

0 comments

Pagi tadi jam 7.35am terdengar di Sinar FM , satu berita yang menarik perhatian saya iaitu data terkini menunjukkan terdapat sejumlah 81ribu anak luar nikah di negara ini.
Jika data ini benar ianya sesuatu yang memeranjatkan.

Sungguh mengejutkan angka tersebut, bayangkan 81ribu wanita yang melahirkan anak luar nikah . Kesian anak-anak tidak berdosa ini lahir akibat perbuatan ibu dan ayah mereka tanpa hubungan dan pernikahan yang sah. Itu angka yang didaftarkan, belum lagi angka anak luar nikah yang disembunyikan dengan mem"Bin" dan "Binti"kan bapa gantian.

Menurut sumber berita tersebut peningkatan angka ini disebabkan kemudahan yang terbuka luas terhadap masyarakat untuk melihat pornografi melalui internet.

Perkara ini adalah satu realiti yang seharusnya di takuti. Saya sendiri pernah hampir menjadi mangsa kepada fenomena ini. Saya mengakui internet memberikan kemudahan cukup luas untuk kita semua mendapatkan info terkini dan tidak terhad. Namun kemudahan yang begitu bermanafaat ini menjadi kemudahan membinasakan kita akhirnya jika kemudahan intenet ini tidak dikawal selia.

Dunia tiada sempadan, kalau dahulu untuk pergi menyampai maklumat tentang sesuatu perkara kita harus meredah hutan dan lautan berhari-hari, namun kini maklumat boleh disampaikan dengan hanya menggunakan jari dan tidak sampai beberapa saat sudah disampaikan.

Punca peningkatan indek dan jumlah bilangan Anak Luar Nikah ini adalah terlalu banyak. Namun dalam banyak-banyak punca itu hanya ada satu punca besar iaitu apabila yang "haram' sudah di 'halal'kan . Dan yang 'halal' telah di 'haram'kan. Betul ? ?

Banyak perkara yang" haram" sudah menjadi "halal" dengan menjadikannya "kebiasaan". Apabila sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan maka kita sudah anggap ianya satu yang 'tidak apa-apa'.

Bagaimana perkara (melakukan perkara yang haram ) ini boleh berlaku. Ia boleh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kiralah samada kita ini punyai didikan agama yang kuat atau tidak. Bagaimana seorang insan yang dahulunya seorang Ulama' boleh akhirnya malakukan kemaksiatan dan penzinaan. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun bagaimana untuk menangani perkara ini , agar sudah tidak bertambah lagi bilangan anak-anak tidak berdosa ini? Sama -sama kita fikirkan dan bincangkan.

Dan apa yang menyedihkan boleh dikatakan ramai yang terlibat dengan perbuatan zina ini adalah terdiri dari masyarakat melayu kita sendiri. Kenapa mesti ramai orang melayu?. Adakah kita ini orang melayu yang sangat jelek dan sangat tidak tahu menilai moraliti diri sendiri. Atau kita sudah tidak ada harga diri.

Melalui pengalaman beberapa teman-teman dan kenalan , penzinaan boleh meruntuhkan ,meruntuhkan ekonomi dan kekeluargaan. Sudah banyak bukti tentang ini, bagaimana rakan saya yang dahulunya kaya akhirnya kini miskin akibat terlibat dan terjebak kekancah penzinaan. Ada juga yang hidup mereka sering kemuruangan dan kegelisahan serta kekusutan , rezeki yang tidak berkekalan , akibat kesan dari perbuatan ini.

Kerana hukuman terhadap perbuatan zina ini telah pun di nyatakan bahawa natijah nya di dunia dan juga diahkirat.

Doa saya , dan pesanan saya, marilah kita sama-sama berdoa agar dihindari dari perbuatan ini. Jika sudah terlanjur , kembalilah dan bertaubatlah, Tuhan Maha Pengasih, anda adalah manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan dosa, selagi di berikan nyawa selagi itulah kita diberikan peluang untuk bertaubat dan menebus kesilapan .


Inalillah ,
Ibnu Taharim ,
Puchong ( 30 Julai 2010 )

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards