Untuk Anda yang baru mahu mula berniaga ,ada banyak hal yang harus Anda ketahui.Salah satunya adalah dengan mengetahui jalur pengedaran barang yang lebih pendek,kerana semakin pendek jalur pengedaran barang yang boleh Anda tembus semakin murah pula harga produk yang Anda akan dapatkan.
Kalau tidak salah menurut teori Robert Kiyosaki,keuntungan yang kita dapat itu bukan pada saat menjual tetapi pada saat membeli.Semakin baik harga yang kita dapat pada saat membeli akan memberi keuntungan yang lebih baik pada saat menjual.
Ini sedikit panduan yang boleh Anda gunakan untuk mendapatkan barang dagangan dengan harga lebih kompetitif menurut yang saya ketahui;
#Untuk produk garmen.Anda boleh mendapatkanya di pasar Tanah abang,pasar Jatinegara,ITC Mangga Dua dan pasar Cipulir.
Detailnya begini;
@Untuk busana Muslim.jilbab,mukena,baju koko,baju muslim kanak-kanak biasanya lebih murah di “Pasar Tasik” yang hanya boleh Anda temui setiap hari Isnin dan Khamis yang bertempat di Blok F2 lantai 5,di depan Stasiun Tanah Abang dan jalan menuju blok F serta di JaCC waduk melati.Ada juga di blok F1,F2,F3 serta di kedai-kedai blok F dengan harga yang sangat murah atau boleh juga di blok A dan pasar Jatinegara.
@Untuk blaus,rok dan atas bawah boleh Anda dapatkan di “Pasar Tasik”,blok F,Blok F1dan F2 serta blok A dan Metro Tanah Abang atau pasar Jatinegara.
@Untuk sarung dan sajadah boleh Anda dapatkan di kedai blok F,blok F,blok A dan kedai di AURI serta di pasar Jatinegara
@Khusus baju kanak-kanak muslim boleh juga Anda boleh dapatkan di Blok A lantai D/LG dan di blok F,untuk beberapa jenama terkenal contohnya Dannis ada di kedai Blok F,Blok A lantai G dan B1 dekat Bank Mandiri
@Untuk baju dewasa (kemeja,t-shirt,seluar,jaket,topi dll) dan kanak-kanak yang umum boleh ditemui di semua blok di tanah Abang termasuk Metro Tanah Abang,di Jatinegara juga banyak pilihan begitu juga di ITC Cipulir dan ITC Mangga Dua.
@Untuk baju remaja perempuan umum boleh Anda dapatkan di ITC Mangga Dua,serta hampir disemua blok di Tanah Abang ada,atau di pasar Jatinegara dan Cipulir
@Untuk batik kalau ikutkan saya yang paling lengkap di Blok A Tanah Abang lantai 2,walaupun di Jatinegara,Kedai AURI dan ITC Cempaka Mas juga ada.
@Untuk Seluar Dalam boleh di dapatkan di Jatinegara serta di Tanah Abang blok A lantai 1 dan blok F
#Untuk produk Kasut dan selipar,Anda boleh dapatkan di pasar Anyar Bogor dan pasar Jatinegara lantai 2.
#Untuk Produk Aksesoris,Anda boleh berkunjung di pasar Asemka serta pasar Jatinegara lantai Besement.Untuk Anda yang beli dalam jumlah besar,contohnya ;membeli satu jenis produk sebanyak 1 gross (12 dosen) biasanya lebih murah bila membeli di Asemka terutama untuk produk Cina yang pasti lebih murah di Asemka karena kebanyakan yang ada kedai adalah pengimport terus.
#Untuk produk ATK,Anda boleh dapatkan di Asemka,Jatinegara serta ITC Mangga Dua
#Untuk mainan kanak-kanak,boleh Anda dapatkan di Asemka,pasar Inpres Senen,pasar Jatinegara dan pasar Gombrong
#Untuk produk jam tangan dan jam dinding boleh Anda dapatkan di pasar Inpres Senen serta di Asemka
#Untuk produk kaca mata boleh Anda dapatkan di Asemka dan pasar Isnin (Senen)
#Untuk renda,pita,benang dll boleh Anda dapatkan di kedai AURI Tanah Abang,kedai blok F serta beberapa kiosk di blok F2 dan blok A.Di pasar jatinegara lantai besement juga ada
#Untuk bahan T shirt dll boleh Anda dapatkan di kedai AURI Tanah Abang,F2 lantai 4 atau di Bandung Jl. Otista.
#Untuk bahan kain boleh Anda dapatkan di Tanah Abang blok A lantai B2&1,pasar Cipadu atau di Bandung Jl.Tamim dan sekitarnya.
#Untuk produk pecah belah seperti tempat sabun,sapu,kerusi plastik,gayung dan lain sebagainya boleh Anda dapatkan di Jatinegara dan Jembatan lima.
#Untuk kelengkapan perniagaan seperti patung kepala,penggantung baju dll boleh Anda dapatkan di Tanah Abang seperti di PD.Steel dan ada juga pasar Jatinegara tetapi untuk khusus display aksesoris lebih lengkap di Asemka.
Buat masa ini,itulah saja yang saya ingat dan saya tahu tentang tempat belian borong di Jakarta ,bila ada yang salah tolong di perbetulkan atau ditambahkan sesuai yang Anda tahu
Semoga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.