Pages


 

Tuesday, April 14, 2009

Masalah sakit tulang belakang saya..

0 comments
Inilah gambar saya punya L-Spine masa buat MRI hari tuh.
Agak kritikal juga la.
Read more...

Sunday, April 12, 2009

Tangkap ikan di kolam ,releasekan tension..

0 comments
















Read more...

Saturday, April 11, 2009

Idea baru dalam menghadapai kegawatan yang semakin meruncing

0 comments
Idea terhadap produk baru akan muncul tidak lama lagi sebagai altenatif dalam mencari pendapatan ketika kegawatan ekonomi.

Setelah kejayaan saya membangunkan serta mewujudkan peluang niaga kepada rakan kongsi di pasar tani kini saya akan meneruskan perjuangan untuk merealisasikan idea perniagaan baru dan produk baru yang sesuai dalam menghadapi krisis ekonomi yang semakin meruncing ketika ini.

Saya berdoa agar idea ini dapat di realisasikan dan mencapai kejayaan sepertimana idea perniagaan yang telah saya usaha dan laksanakan di masa lepas.
Read more...

Friday, April 10, 2009

Banjir Kilat Di Puchong

0 comments
Banjir kilat yang berlaku di hadapan apartment saya semalam telah menyebabkan beberapa buah kereta mengalami kerosakan. Banjir ini berlaku di sebabkan sistem saliran air yang sempit yang tidak mampu menampung pengaliran air yang banyak ketika hujan lebat.







Banjir kilat ini menyebabkan satu-satunya jalan yang menghubungkan ke kawasan perumahan di situ terpaksa di tutup selama lebih kurang 3 jam.


Read more...

Jujur dan Berani - Berkata Benar

0 comments
Sangat susah untuk berkata benar tanpa kekuatan Iman yang tinggi dalam jiwa kita. Berkatalah yang benar walaupun menampakkan kepahitan dalam urusan menyatakan kebenaran itu.
Read more...

Thursday, April 9, 2009

Budak melayu semakin ramai rosak ...

0 comments


Sedihnya melihat keadaaan yang berlaku sekarang ni. Kalau dulu kita jarang melihat dan mendengar cerita-cerita begini, gambar-gambar begini. Sekarang sudah bertong-tong. Sampai tak tahu nak letak mana dah air muka bangsa melayu kita ni. Lihat sahaja gambar dan video tersebut yang baru saya perolehi hari ini.

Ada yang mengatakan ini isu lama, lebih teruk dari ini pun ada. Saya tahu itu dan saya juga ada mendengarnya. Tetapi apa yang di sedihkan disini perkara maksiat ini sudah menjadi satu kebiasaan pada hari ini. Kalau di biarkan lama-lama kita akan terbiasa. Kalau dahulu jarang kita lihat "couple", jarang kita lihat gadis dan remaja bercinta berpegang tangan, dan kalau 'berpegang tangan itu berlaku seolah-olah macam satu kesalahan besar dan masyarakat memandang tersangat la buruk. Tapi tidak pada masa sekarang, bagi remaja perkara memengang tangan kekasih adalah biasa, malah bagi mereka kalau memegang lebih dari itu barulah ada thrilll barulah namanya "copule", barulah namanya '"cinta".

Kalau dahulu orang memandang "gadis kilang" sebagai gadis yang rosak akhlaknya. tapi sekarang yang rosak akhlaknya bukan setakat yang dewasa yang kecil,yang masih bersekolah pun sudah banyak yang rosak.

Cabaran yang bakal di hadapi oleh kita sebagai pemimpin masa hadapan begitu besar. Perkara seperti ini jika tidak ditangani segera bakal menghancurkan kemulian dan kesucian remaja,belia dan anak-anak kita.

Kita bimbang kejahatan dan kemungkaran akan menjadi satu yang dilihat "Biasa". Apabila trend seperti ini atau konsep seperti ini sudah terjadi maka akan hancurlah sesuatu tamadun yang baik ,akan hancurlah bangsa yang dipandang mulia.
Read more...

Seng Wani ...?

0 comments
Ramai rakan-rakan yang bertanya kenapa blog title ini menggunakan tajuk 'Seng Wani". Oleh kerana saya mahir berbahasa jawa ingin saya terjemahkan disini "seng wani" iu bermaksud "yang berani" atau "orang yang berani".
Read more...

Wednesday, April 8, 2009

Sup Buntut

0 comments
Sup Buntut




Read more...

Politik dari sudut dan kacamata saya (Siri Pertama )

0 comments
Politik adalah satu perkataan yang bukan baru saya ketahu. Saya terlibat dengan politik sekitar penghujung tahun 1998. Pada ketika itu berlaku kejadian "Pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim"(DSAI). Penglibatan saya di bidang politik bukan kerana DSAI,pada ketika itu saya tidak begitu mengenali beliau pun. Meskipun pernah bergiat secara aktif dalam KPIP (Kesatuan Pelajar Islam Perak) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Itupun sewaktu saya bersekolah di Sek.Men.Teknik Ipoh,Persiaran Brash dulu.

Kemudian terlibat dengan Pertubuhan Banjar Semalaysia ,Kelab Siswazah Perak. Itu pun kerana pada waktu itu saya berada di kampung saya. Kebanyakkan orang kampung saya orang banjar. Saya adalah orang Melayu+Jawa+Bugis. Saya terlibat dengan politik bilamana saya sering bersolat berjemaah di Masjid Batu 38,Jalan Keratapi Bukit Merah.

Saya tak tahu bagaimana jiwa dan semangat saya begitu kuat pada ketika itu dengan hanya berbasikal ke masjid dan kadangkala bejalan kaki saja sejauh 4 km, kerana itu saja masjid yang paling hampir dengan rumah saya. Saya akui saya sering mengunjungi masjid ketika itu kerana jiwa saya yang tidak tenteram di rumah. Malah saya boleh pergi masjid solat subuh seawal jam 4.30pagi.

Sejak itu saya mengenali jemaah masjid. Saya tidak pernah terfikir pun soal politik. Saya di ajak menubuhkan cawangan PAS di kampung itu. Oleh kerana ketandusan aktiviti saya bersetuju. Mungkin kerana saya diantara yang termuda dan di pandang macam berpendidikan makanya saya dilantik menjadi setiausaha Pas Cawangan Batu 38.

Majlis penubuhan cawangan dan penyerahan borang seramai lebih kurang 170 orang ahli di hadiri oleh YDP Pas Negeri Perak pada ketika itu yang juga bekas ADUN Gunung Semanggol ,Allahyarham Tn Guru Haji Sabran Asmawi. Ianya menjadi kejutan sehingga gambar saya menyampaikan borang keahlian terpampang di Akhbar Harakah seluruh malaysia.

Penyertaan saya menjadi bualan masyarakat kerana bertentangan dengan tradisi keluarga yang mana ayahanda saya adalah seorang orang kuat UMNO ketika itu. Dan lebih menjadi hangat kerana 90% ahli yang menyertai PAS itu adalah ahli UMNO. Keadaan tersebut menjadikan saya di anggap sebagai musuh oleh ahli UMNO di kampung saya. Saya sendiri tidak menjangkakan keadaan tersebut boleh menajdi sebegitu buruk. Saya yang dari tidak punyai musuh, ketika itu sudah punyai musuh (dalam politik)

Sejak dari itu saya mengenali PAS dan mempelajari siapa itu UMNO dan BN.

bersambung
Read more...

Kegagalan berfikiran postif

0 comments
Kegagalan berfikiran positif terhadap sesuatu perkara dan keadaan yang berlaku boleh mengundang implikasi yang tidak baik. Sebagai contoh kejadian kekurangan 'sale' yang berlaku dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran positif kita akan melihat kejadian itu sebagai satu isyarat agar kita bersabar dengan ujian dan mengkaji apakah kebaikan yang diperolehi akibat kejadian itu. Dalam masa yang sama kita juga harus mengkaji kekurangan diri kita.

Namun apabila berfikiran negatif, ada yang bertindak menyalahkan pihak lain atas kejadian tersebut. "Selalunya dapat sale banyak ,tapi hari ni sikit pulak, pelik la" itu ayat-ayat yang selalu kedengaran yang diluahkan oleh orang yang berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara yang berlaku pada mereka.

Apa yang sering berlaku bila kejadian buruk berlaku kita selalu menyalahkan pihak lain, tapi tidak pada perkara yang elok yang berlaku ,bila perkara elok yang berlaku kita selalu memuji diri kita sendiri, kita lupa kadang-kadang kebaikan yang berlaku di sumbangkan oleh orang doa dan dorongan orang lain jugak.

Kegagalan berfikiran positif juga boleh mengundang pergaduhan di pihak lain juga apabila pihak yang satu lagi juga tidak mahu berfikiran positif.

Berfikiran positif boleh disama ertikan dengan 'Berprasangka Baik". Berprasangka baik adalah tuntutan kepada kita sebagai orang Islam. Berprasangka baik adalah salah satu senjata ampuh yang lembut tapi tegas dan keras dalam dakwah.

Firman Allah dalam hal berkaitan dengan prasangka.

Surah Al Hujurat: 12 - 13
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (12) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Kalah Atau Menang adalah adat dalam pertandingan...

0 comments

Read more...

Galian,kekayaan wajib digali oleh Muslimin

0 comments
Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin
Fahri Abdullah al-Masri Sun Apr 05, 09 6:22:19 pm MYT

Dalam sepotong hadis ada disebutkan tentang kekuatan ekonomi yang jatuh ke tangan orang-orang yang jahat. Sebenarnya, inilah antara sebab kenapa umat Islam di seluruh dunia tertindas, semakin lemah kekuatan politik dan ekonominya. Apabila orang Islam semakin lemah politik dan ekonominya, secara tidak langsung lemahlah kebudayaan dan bahasanya.

Daripada Ibnu Omar r.a berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:
"Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu, Nabi s.a.w menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." [Hadis riwayat al-Baihaqi.] --- [Hadis ke-26]

Menurut keterangan ringkas daripada Ustaz Fahmi Zam Zam..

"Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sejak lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu petanda hampirnya hari kiamat."

Kalau kita melihat situsi hari ini, galian emas banyak wujud di Amerika Syarikat. Itu suatu contoh. Namun, dalam sudut lain pula, Tuhan memberikan galian minyak yang banyak terhadap negara Islam. Ternyata yang mengendalikan urusan galian itu adalah orang bukan Islam pula. Contoh ini ada dalam negara kita sendiri.

Harta adalah sejenis kekuatan dan ia merupakan salah satu sendi kekuatan agama. Maka hendaklah setiap Muslim, Muslimah selalu berikhtiar untuk mencari kekuatan ekonomi peribadi, menyusun ekonomi keluarga sekali gus membentuk daya ekonomi umatnya. Apabila harta ini jatuh ke tangan lelaki yang soleh, maka separuh daripada masalah dunia akan selesai.
Perang-perang di Afghanistan, Iraq yang dicipta oleh Amerika Syarikat telah menelan belanja trilionan, berlaksa-laksa dan hal ini tidak mungkin terjadi jika harta itu jatuh ke tangan orang-orang yang beriman.

Harta yang baik di tangan lelaki yang baik"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." (Riwayat Ahmad)
Merujuk hadis di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta dan manusia yang memeliharanya.
Pertamanya, insan yang baik dan dia memegang duit yang baik. Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit yang haram. Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik. Keempat, orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram. Paling baik, menurut hadis di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik, akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh ke tangan lelaki yang baik.
Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah. Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah sebaliknya.

"Apabila kamu diberi sesuatu tanpa kamu minta, maka pergunakanlah (makanlah) dan sedekahkanlah sebahagiannya." (Muslim)
Hukuman ke atas mereka yang tidak menggunakan harta ke arah yang betul memang mengazabkan dan menyakitkan. Kita pernah terdengar kisah bagaimana kaum-kaum dan umat terdahulu yang dihancurkan Tuhan oleh kerana mereka menyalahgunakan harta milik peribadi pada jalan yang salah.

Apabila negara itu menggunakan wang-wangnya untuk membangunkan pelacuran sebagai suatu industri perniagaan, menjadikan arak sebagai barang dagangan, maka kehancuran menimpa negara dan kaum itu. Demikianlah peristiwa yang ditulis di dalam al-Quran. Namun, umat Muhammad ini diberikan penangguhan melalui doa Rasulullah s.a.w sendiri.
"Mereka yang mengumpulkan harta dengan tidak benar, maka Allah akan memusnahkannya dengan air dan tanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Melalui air dan tanah, Tuhan akan menghukum mereka yang tidak menggunakan harta dengan baik, betul dan benar. Qarun di zaman Nabi Musa a.s misalnya telah dihukum Tuhan dengan menenggelamkannya bersama para pengikutnya di dalam tanah.
Malah, Fir'aun yang menggunakan harta kekayaannya secara tidak benar, menindas hamba di muka bumi ini telah mati lemas di Lautan Merah. Bani Israel diperhambakan untuk membangunkan pembinaan piramid, dan mereka tidak diberikan upah gaji. Ini adalah salah satu contoh pengendalian harta yang tidak betul.

Kaum buruh dan para pekerja itu sepatutnya diberi upah dan gaji. Tetapi, Fir'aun sebaliknya memperhambakan mereka.

Apabila harta-harta (emas, minyak dan lain-lain) yang digali dari tanah itu tidak dimanfaatkan dengan baik, maka tanah dan air itu nanti akan bertindak.
Apakah kejadian tanah runtuh, banjir yang kerap berlaku itu terkait dengan salahguna wang yang tentunya berkaitan juga dengan salahguna kuasa?

Di Amerika Syarikat, kerap kita dengar berita dan kejadian ribut, puting beliung dan banjir yang terjadi besar-besaran di sana. Kita boleh menanggapi hal ini sekadar bencana alam yang tiada kaitan dengan dosa pemimpinnya.

Tapi bila kita melihat banyak kejahatan yang bermuara dari negara itu dan kuasa dunia itu mencetak sejarah perang demi perang berterusan, maka terfikir juga bahawa ada rasionalnya ribut taufan, tanah runtuh serta banjir teruk menghempap mereka. Walaupun ada pihak menyatakan bahawa kejadian itu cuma sekadar bencana alam dan bukannya hukuman Tuhan.
Perang memerlukan dana yang banyak. Dan, Amerika menyalahgunakan wang untuk perang! Negara itu juga telah 'berkempen' dengan memaksa anak-anak mudanya menyertai pasukan tentera untuk dikirim ke medan perang di Iraq, Vietnam sebelum ini tanpa kerelaan mereka.
Amerika dengan segala galian minyaknya, galian emas dan sebagainya telah digunakan untuk memerangi umat Islam sendiri. Maka, demikianlah akibat bagi mereka yang menggunakan wang, harta dan segala galian di bumi dengan tujuan yang salah.
Read more...

Sejarah Malang berulang ..?

0 comments
Sudah lama saya tidak menulis akibat kemalasan dan kesibukan melampau. Perubahan besar telah berlaku kepada landskap kehidupan saya ketika ini. Satu perubahan akibat dari perkara yang tidak dijangka sebenarnya.

1- Penyerahan secara menyeluruh projek " prospepper burger " kepada rakan kongsi tanpa sebarang tuntutan meskipun projek ini dirintis dan dibangunkan sepenuhnya oleh saya sendiri.
2- Penutupan semua operasi myprosperitykiosk akibat salah faham dan tuntutan bertindih terhadap kepentingan produk yang di bawa oleh myprosperitykiosk.
3- Penyebaran khabar angin tentang "Penyalahgunaan Kuasa" saya oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan dan memburukan reputasi saya.
4- Permohonan pengistiharan "MUFLIS" dari bank keatas pinjaman kereta yang telah hilang dicuri oleh "pengusaha usecar durjana" sekitar tahun 2003.
Read more...

Thursday, February 5, 2009

Kau penipu...

0 comments
Begitulah perkataan yang diucapkan dan label yang di beri kepada kita yang gagal dalam perniagaan dan gagal dalam memulangkan kembali wang perkongsian. Dalam urusan perniagaan yang serba mencabar ini kekuatan fizikal dan mental yang tinggi amat di perlukan.

Kita boleh hilang maruah dan identiti malah imej boleh tercemar hanya kerana ucapan dan sangkaan yang tidak betul yang hanya menjurus kepada perkara fizikal yang nampak hanya pada zahir sahaja.

Hakikat ini ku lalui kini dalam keterpaksaan kerelaan dan kedukaan meskipun ku hadapi berseorang diri. Dalam kejadian ini membuatkan aku menjadi semakin berani untuk terus hidup. Banyak perkara sukar yang kulalui. Aku akan teruskan jua meskipun dengan keupayaan yang terhad.

Berani Menempuh Kegagalan.
Read more...

Friday, December 12, 2008

Lidah

0 comments
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Umat Islam dituntut pelihara pertuturan bagi mengelak perpecahan akibat fitnah
SEJAK akhir-akhir ini, amalan fitnah memfitnah, tuduh menuduh, sindir menyindir, menyebarkan khabar angin, e-mel layang atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain, berprasangka buruk semakin menjalar dan membarah dalam masyarakat Islam.
Semua amalan itu secara umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang. Namun lidah boleh menjadi lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat dan implikasi buruk kepada umat manusia seluruhnya.
Oleh itu, Islam dari awal lagi sudah memperingatkan umat Islam akan bahaya penyalahgunaan nikmat lidah yang dianugerahi Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Walaupun lidah adalah satu anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah , lidah mempunyai peranan besar dalam kehidupan manusia.
Pada satu ketika, lidah boleh memuliakan serta mengangkat maruah seseorang dan dalam ketika yang lain, lidah mampu pula untuk menghina dan menjatuhkan seseorang. Malah, lidah berupaya membawa kejayaan juga kegagalan. Maka tidak hairanlah orang tua ada bermadah, ’sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa’.
Menyedari akan kedudukan lidah yang penting, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Maksudnya, lidah umpama pisau bermata dua. Ia boleh hadir sebagai rahmat kepada manusia di kala ungkapan ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kepada Allah dan pada masa sama boleh membawa kepedihan di kala lisannya mendedahkan belang yang tersembunyi.
Contohnya, khabar angin yang disebarkan bisa melonjakkan indeks ekonomi sesebuah negara, begitu juga ia mampu membuatkan indeks ekonominya jatuh merudum gara-gara spekulasi yang tersebar. Begitulah peranan lidah yang mengundang bahaya tersembunyi di sebalik kepetahan dan keindahan bahasa terungkap.
Menurut perspektif Islam, lidah akan melambangkan identiti seseorang sama ada dia seorang yang bertakwa dan beriman kepada Allah ataupun sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun dia berdiam saja.” (Hadis riwayat Bukhari)
Seseorang insan dianggap beriman kepada Allah dan juga hari akhirat jika dia dapat memelihara lidah daripada perkara batil dan dilarang Islam. Seterusnya seorang yang beriman dan bertakwa akan menjuruskan lidahnya dengan amalan kebajikan serta mengelak perkara yang melalaikan.
Hal ini juga ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan serta perkataan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Allah menyediakan panduan dalam al-Quran bagaimana lidah seseorang yang beriman sewajarnya disalurkan dan dimanfaatkan kerana setiap perkataan yang terkeluar akan dirakam dan direkodkan oleh malaikat.
Firman Allah yang bermaksud:
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 18)
Alangkah berbahagia dan beruntung seorang beriman yang menyumbangkan kebaikan dan kedamaian alam sejagat melalui ungkapan kata-kata yang sentiasa bermakna dan bermanfaat.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisik mereka kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah , tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 114)
Tiga jenis amalan dianjurkan Islam iaitu menyuruh orang melakukan amalan sedekah, juga menyuruh orang lain berbuat kebaikan dan kebajikan serta mendamaikan antara dua orang atau dua pihak yang bergaduh.
Ini bermakna amalan selain daripada itu seperti melepak, mengumpat, bergurau senda berlebihan, memfitnah adalah perbuatan sia-sia yang dilarang Islam dan mengakibatkan dosa kepada si pelakunya dan orang bersubahat dengannya.
Malah dia termasuk di kalangan orang yang rugi sama ada di dunia dan di akhirat seperti firman Allah yang bermaksud:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan kebenaran (iktiqad kepercayaan, tutur kata dan amal perbuatan) serta berpesan dengan sabar (dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya).” (Surah al-’Asr, ayat 1 - 3)
Selanjutnya, Islam amat melarang umatnya melakukan perbuatan keji yang berpunca daripada lidah seperti mengumpat dan mengutuk. Malah, amalan itu tidak termasuk dalam adab susila kesopanan Islam.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah seseorang mukmin itu yang menjadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.” (Hadis riwayat Bazzar dan Hakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam melarang keras sebarang perbuatan keji yang terbit daripada lidah. Ini kerana natijah perbuatan itu merbahaya bukan saja kepada individu, bahkan boleh membabitkan komuniti masyarakat keseluruhannya.
Jika diimbas zaman Khulafa’ al-Rasyidin, sejarah Islam sudah menyaksikan perpecahan dan pertelagahan di kalangan umat Islam akibat berlakunya fitnah terbesar di zaman Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.
Sebab itulah, munculnya pelbagai mazhab ilmu kalam yang berselisih pendapat dalam beberapa isu agama. Selain itu, ia memberi kesan secara tidak langsung kepada kekuatan sesuatu bangsa dalam meneruskan perjuangan hidup yang sentiasa bergolak dengan pelbagai krisis.
Seterusnya, Islam menegaskan bahawa kemuliaan dan penghormatan seseorang manusia di sisi Allah bukanlah berdasarkan kepada rupa parasnya, kekayaannya, hartanya atau warna kulitnya. Sebaliknya neraca yang sebenarnya di sisi Allah ialah nilai keimanan dan ketakwaan yang sentiasa bertakhta dalam jiwa.
Oleh itu, setiap Muslim hendaklah sentiasa berwaspada ketika bercakap dan bertutur dengan saudaranya yang lain, juga memelihara lidah daripada melakukan perbuatan tercela lagi dilarang Allah .
Allah memerintahkan umat Islam supaya menapis dan menyaring terlebih dulu sebarang khabar berita atau fitnah yang tersebar seperti surat layang supaya tidak terperangkap dengan jerangkap dosa yang merugikan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka hendaklah kamu selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali terhadap apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Read more...

Tuesday, October 14, 2008

MyProsperityKiosk

0 comments



Salam sudah lama tidak mengunjungi blog ini, tak ada kesempatan, di tambah dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mengadap komputer lama2,

Setelah berhempas pulas selama lebih 2 bulan, kini hasrat untuk membentuk satu konsep baru dalam era perniagaan burger telah hampir berjaya dengan wujudnya MyProsperityKiosk.

Dengan matlamat mengwujudkan jaringan usahawan yang lebih luas, saya merangka satu strategi baru iaitu dengan mengwujudkan rangkaian kiosk yang berkonsepkan "mobile kiosk" yang sesuai untuk di pasang dan di bawa kemana2..

Sila lawati laman web http://www.myprosperitykiosk.com/ untuk keterangan lanjut.
Read more...

Sunday, September 14, 2008

Bukan senang nak senang...

3 comments


Dah lama rasanya tidak update blog ni, minta maaf agak sibuk sedikit dengan 'niaga jalanan' di bulan puasa ini.

Dugaan yang dilalui cukup besar, puasa dan berpanas...

Hari pertama berniaga di Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam memang best, ramai yang beli, kebetulan ari tu hari isnin dan cuti umum, memang ramai tak sampai sejam habis semua burger di jual. Masuk hari kedua hanya beberapa bijik yang laku, cabaran dan dugaan betul. Pekerja2 hampir2 berputus asa mereka.Ada yang macam malu. Terpaksalah kena bagi motivasi. Semangat mereka dah down. Bukan senang nak senang, kalau berniaga itu mudah dah tentu semua orang berniaga. ..

Di sebelah kami, ada gerai menjual murtabak, tak kurang dari 200 bijik telur dalam raga mereka yang kami nampak , pukul tujuh tinggal 2-3 bijik aja, tak kurang dari 200 bijik murtabak mereka jual, tapi mereka sudah lama , dah 5 tahun berniaga, dah tahu sepak terajang dunia niaga.

Di hadapan kami ada satu gerai baru, produk bunyik mcm baru, "Papa John" berasal dari " Roti John" , masyaAllah beratur orang nak membelinya, satu hari aku minta pembantu aku beratur membelinya, sebab aku nak tahu apa yang sedap sgt sampai org beratur membelinya. Setelah hampri 1 jam setengah baru pembantu aku dapat. Bila dah berbuka puasa , kami pun mencuba beramai2. Rasa mcm roti john biasa aja,. Besoknya aku nak lihat sendiri bagaimana 'papa john' tersebut di proses. Owh ada sedikit kelainan dari roti john biasa, pertama roti yang di gunakan kedua ada tambahan daging di tabur di atas roti yang telah di bakar itu dan ketiga saiz mayonese dan sosnya agak besar gulungannya nampak begitu menarik. Dan yang keempat, mentaliti pembeli yang beratur tu membuatkan orang lain juga ingin beratur untuk mencuba.

Sapa2 yang ada mengunjungi bazaar ramdhan di stadium shah alam boleh melhat sendiri.

bersambung....
Read more...

Saturday, August 30, 2008

Menipu ??!!

1 comments
Satu pagi, ketika hendak ke sekolah ayah aku bertanya, “ada belanja sekolah tak ?” , lantas aku menjawab “ada”. Aku bergegas ke sekolah tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Sampai di sekolah pada waktu rehat rakan sekolah ku bertanya, “ko sudah makan ker avi ?” , lantas aku jawab “sudah”.
Hakikatnya aku tidak ada sesen pun di poket aku, aku menipu ayahku kerana aku kesiankan dia tidak punyai cukup wang dan teringat susah payah beliau bekerja di sawah.
Hakikatnya lagi aku jugak belum makan pun, sekadar nak menghilangkan kerisauan dia hati rakan2 ku aku jawab la dah makan.
Aku telah menipu kan..? Tapi aku tidak tahu nak klasifikasikan penipuan ini sebagai penipuan yang berdosa atau tidak. Tapi itulah hakikatnya.
Read more...

Saturday, August 9, 2008

New Product Developement ....Prospepper Burger

2 comments

Prospepper Burger,

Burger adaptasi dari Properity Burger, asalnya pengusaha burger ini membuat daging burger untuk keperluan Hotel-hotel sahaja. Dari segi kualitinya sudah tentulah tinggi. Sebab requirement hotel. 90% adalah daging. Di campur dengan rempah ratus. Kini anda boleh dapatkannya di Pasar Tani FAMA atau hubungi saya.


Read more...

Tuesday, August 5, 2008

Promosi di Karnival Kerjaya dan Keusahawanan, SMKA Kerian Perak

0 comments


Atas semangat keusahawanan saya membawa Dadih World dan Susu Kambing Segar ke pasaran Utara yang berlangsung selama tiga hari di Kerian,Perak



Sambutan dari pelanggan yang menggalakkan di waktu malam
Read more...

Tuesday, July 29, 2008

(CP) Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan

1 comments
Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ untuk merahsiakan identiti si penanya.

Suatu hari beliau menerima soalan seperti berikut,

“Saya telah mengenali pasangan saya hampir 2 tahun. Kami selalu berjumpa dan bersama ke mana sahaja. Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Saya memang ada rancangan mahu mengahwininya, namun orang tua saya tidak merestui dengan alasan jauh. Teman saya selalu menyuruh saya agar kami memperapatkan perkahwinan dan tidak terus dengan maksiat yang tidak ada kesudahan. Saya amat kasihankan teman saya. Adakah berdosa saya berkahwin tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat.”

Ketika memberi pandangan kepada persoalan di atas, beliau telah secara umumnya menyuruh menginggalkan maksiat seberapa segera sebelum berkahwin. Menurutnya, maksiat sebelum berkahwin menghilangkan keberkatan, mendatangkan pengaruh selepas berkahwin, menghilangkan rasa hormat atau integeriti kepada pasangan selepas berkahwin.

Beliau memberi contoh apabila si suami ingin bertegas atau menegur si isteri dalam hal-hal terntentu lalu mendapat respon negatif daripada isteri dengan ejekkan tentang hal-hal sebelum berkahwin. Akhirnya rumatangga tersebut tidak akan mengalami perubahan ke arah kebaikkan.

Saya bersependapat, setiap perlakuan maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali.

Menyentuh tentang “ilmu agamanya” yang ada di dalam diri pasangan si penyoal, Dr Danial berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai asas agama tidak semestinya memahami apa yang mereka tahu. Sekiranya seseorang itu memahami dan menghayati apa yang mereka tahu, sudah tentu mereka akan menjauhi maksiat.

Ketika mendengar Dr Danial menjelaskan tentang hal ini, teringat saya kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w, “tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’.

Berhubung dengan restu ibu bapa, Dr Danial berkata Islam amat mementingkan restu ibu bapa di dalam sesuatu perkahwinan. Namun menurut beliau terdapat mazhab yang membenarkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa dengan tujuan mengelakkan maksiat, asalkan mereka telah mencukupi umur tertentu. Bagaimanapun, beliau menyuruh agar kedua-dua berjumpa juga dengan ibu bapa untuk meminta maaf dan restu walaupun sudah tahu akan dimarahi.

Unfortunetely, saya tidak dapat menyiarkan rakaman audio sessi soal-jawab berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada penceramah. Mungkin beliau khaskan ilmu-ilmunya pada sessi soal-jawab hanya untuk mereka yang hadir.

.

.

Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.
Read more...

Monday, July 28, 2008

Lagu Jawa yang penuh makna ...Ojo Kesandung - Herman Tino

1 comments
Ojo Kesandung

Ojo Kesandung
Batu neng dalan awan awan
Kuii nandang Ne Ora karuan
Karang enom mesti ne Dadi golek ann
Ayu Nggarang di karang Gawe pawitan

Ojo kok fikir
Rai mbancer golek an mu
Rai kelimis rame seng nunggu
Melerak melerok meripate alis se ciut
Moro teko seng nunang Ora keterimo

Chorus

Mbok perawan karo joko podo ae
Ora terimo duding ngane uwong tuo

Nek seng wadon
Pile hane bondo kerjo

Nek seng Djoko
Raii kelimis arepane

Ayo podo di cekedi
Kersane pengeran kuoso

Terimo oppo ae seng di wehi (2X)


Bapak lan emak
Seng nggedek ake kawet bayi
Cilik di gedong Nangis di bopong
Pengen Njalok neng kue Ora keweton
Karek kue wes gerang
Timbang ngono
Translation


Ojo Kesandung (Jangan Tersandung / Terspak)

Ojo Kesandung - Jangan tersandung / tersepak
Batu neng dalan awan awan - Batu di jalanan siang hari
Kuii nandang Ne Ora karuan - itu tandanya tidak karuan
Karang enom mesti ne Dadi golek ann - yang muda mestinya menjadi carian
Ayu Nggarang di karang Gawe pawitan - yang cantik dan tampan dijadikan pilihan

Ojo kok fikir - Jangan difikirkan
Rai mbancer golek an mu - Muka yang 'hensem' kau cari
Rai kelimis rame seng nunggu - Muka yang cantik licin ramai yang menunggu
Melerak melerok meripate alis se ciut - jeling menjeling matanya alis matanya kecil
Moro teko seng nunang Ora keterimo - pergi datang yang meminang tidak diterima

Chorus

Mbok perawan karo joko podo ae - Anak dara dan jejaka sama saja
Ora terimo duding ngane uwong tuo - tidak menerima pilihan orang tua
Nek seng wadon - kalau yang perempuan
Pile hane bondo kerjo - pilihan mesti berkerja/berharta
Nek seng Djoko - kalau yang jejaka
Raii kelimis arepane - berdahi licin cantik kehendaknya
Ayo podo di cekedi - Marilah kita berpegang/menerima
Kersane pengeran kuoso - apa yang dikurniakan Allah Yang Kuasa
Terimo oppo ae seng di wehi (2X) - Terima apa sahaja yang diberi


Bapak lan emak - Bapak dan emak
Seng nggedek ake kawet bayi - yang membesarkan sedari bayi
Cilik di gedong Nangis di bopong - kecil dibedung , menangis di dokong
Pengen Njalok neng kue Ora keweton - Ingin meminta2 dari anak2 tidak tersebut
Karek kue wes gerang - Tinggal anak yang dah dewasa
Timbang ngono - Timbanglah sendiri

Read more...

Saturday, July 26, 2008

Terima kasih penduduk Putrajaya

2 comments

Baru balik dari Pasar Tani (Malam) di Putrajaya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi sokongan yang begitu padu kepada pelancaran produk SaffronRice, Lebanese Bread,Prospepper Burger dan Tauhu Bakar saya. Sambutan yang diberi amat menggalakkan ,lebih ramai dari tempat-tempat lain dan tertinggi setakat ini berbanding Kelana Jaya dan Stadium Shah Alam.
Terima kasih juga atas komen komen membina yang diberi, perjalanan dan perkembangan produk ini adalah bergantung kepada kepuasan pembeli. Dan insyaAllah berjumpa lagi di Jumaat minggu depan yer...muahcx

Tak leh nak amik gambar masa ramai sebab yang amik gambar tu saya, tgh layan customer

Tengah menunggu pelanggan datang

Diterangi lampu


Berlatar belakang kan bagunan Kementerian Kewangan Putrajaya

Seorang Pembantu sedang menyiapkan produk yang di pesan



Saffron Rice menjadi tarikan utama


Read more...

Thursday, July 24, 2008

Promosi di Pasar Tani BK5 Kinrara

0 comments
Gambar-gambar sekitar Pasar Tani BK5



ni tengah ,baru nak setup

hampir siap



mencapub sat....






Read more...

Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 11 Shah Alam

2 comments


Nasi ayam pak mal, dah lama tak makan nasi ayam pak mal , seksyen 11, shah alam.. semalam pegi FAMA on te way balik tu singgah kejap kat gerai nasi ayam dia, dulu masa dok belajakboleh dikatakan hari-hari pi makan tempat dia.

Di beritakan sehari Pak Mal memerlukan lebih kurang lebih dari 60 ekor ayam sehari. Gila bapak, banyak tu...kalau se ekor potong 12, dah berapa ketul tuh...banyak tu, tapi sedap nasi ayam dia, aku penggemar nasi ayam, dalam banyak2 tempat, tempat pak mal neh aku letak top list la.


Read more...

Tuesday, July 22, 2008

Mengurangkan Kebergantungan

1 comments




Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog yang tidak sepertinya ini, walaupun tidak banyak komen yang di beri tetapi ini sahaja yang mampu di sajikan buat tatapan diri dan rakan-rakan sekalian. Bukan kerana apa, kita tidak tahu apa akan jadi besok, entah ada entahkan tidak kita ini. Allah sahaja yang Maha Tahu.

Saya baru pulang dari Pasar Tani di Bandar Kinrara. Hari ini jualan agak berkurangan berbanding minggu lepas. Mungkin tabiat dan pengurangan kuasa beli dari pengguna. Kebanyakan dan rata-rata peniaga-peniaga berkata begitu.

Saya ingin membincangkan perkara yang berkaitan dengan istilah "Kebergantungan" atau "Bergantung". Saya rasa kita semua faham apa yang saya maksudkan. Samada apa jua keadaan ada diantara kita yang bergantung tak kiralah dalam bidang apa, ekonomi atau hidup, dengan orang lain atau dengan benda-benda lain.

Apakah patut kita bergantung kepada orang lain? Saya dulu masa kecik2 pun bergantung dengan orang lain. Sebab saya tak tahu apa2, Tapi sekarang dah besar, kdg2 masih juga ada sikit kebergantungan dengan orang lain. Itu yang saya sedang usahakan agar terus tidak bergantung dengan orang lain.

Dalam ekonomi, saya rasa kita harus cuba kurangkan terus kebergantungan dengan orang lain. Sebagai contoh, kita terpaksa membeli hampir kesemua barang keperluan harian kita dari orang lain. Sebagai contoh beras,ikan,ayam,daging dan sebagainya. Saya sebenarnya nak menjurus kepada satu perkara khusus, yang saya maksudkan ialah kita membeli dari orang yang bukan melayu Islam, tak kiralah membeli untuk kegunaan kita sendiri atau membeli untuk menjualnya semula. Bukan bermaksud kita jangan membeli, tapi kita cuba mengeluarkannya sendiri. Mungkin kat belakang2 rumah kita masih ada tanah2 yang terbiar ker, boleh ditanam dengan tanaman makanan, atau digunakan sebagai tempat menternak ayam atau ikan.

Kalau dahulu pertanian ini di panggil pertanian sara diri. Yer la sebab kita bukan ada tanah besar pun. Tapi kalau kita manafaatkan InsyaAllah mampu memberi hasil yang lumayan. Dalam industri pembekalan alatan perubatan saya sudah nampak wujudnya usaha kearah pengurangan kebergantungan dimana wujud nama besar seperti IdealCare dahulu di kenali sebagai mutiara medical.

Perkara ini timbul bila saya melihat gelagat pengguna di Pasar Tani, meskipun hampir 100% peniaga pasar tani adalah melayu. Tetapi kebanyakkan sumber masih bergantung kepada orang bukan melayu.

Seperti yang rakan baik saya katakan " ' to go fast you can walk alone, to go far,we have to walk together'. Kita perlu bergabung dan bekerjasama. Dengan cara ini sahaja yang kecil menjadi besar dan yang lemah menjadi kuat.

"Tempat Bergantung Yang Lebih Baik Ialah Allah SWT"
Read more...

Senarai Pasar Tani ( FAMA Malaysia )

4 comments
Senarai Lokasi Pasar Tani Di Malaysia

Click Sini Yer


Read more...

Friday, July 18, 2008

Jadilah Orang yang Di Hormati, bukan Di Takuti...

3 comments
Jadilah orang yang dihormati, dihormati atas kebaikan bukan atas keburukan...begitulah, terfikir apabila melihat anak-anak muda sekarang ini, yang sudah hilang rasa hormat kepada orang tua mereka, apabila sudah tiada hormati rasa takut pun akan hilang.

Apabila ibu bapa mereka di takuti, dihadapan mereka tidak lakukan perkara buruk , tetapi di lakukan di belakang mereka. Tetapi apabila perasaan menghormati itu ada di hadapan tak buat di belakang pun tak buat.

Ada diantara kita gemar mengugut, mengugut untuk menimbulakan rasa ketakutan agar tidak melakukan. Sejauh mana ugutan atau teknik ugutan ini membentuk keperibadian kita untuk melakukan perkara yang baik? Kita boleh lihat sendiri keadaannya , disekeliling kita. Sampai satu tahap jiwa mereka yang di ugut ini akan memberontak jua. Apa bila pemberontakan berlaku purak puranda la jadinya.

Semalam saya di maklumkan oleh salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Agama di Utara bahawa 2 orang anak murid beliau hilang dari asrama sekolah, dan tidak pulang-pulang hingga sekarang. Maklumat yang diperolehi oleh rakan-rakan sekolah beliau mengatakan yang murid tersebut keluar mengikut teman lelaki ,yang tidak mereka kenali.

Pelajar sekolah menengah yang sudah dewasa begitupun sudah tidak mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka lupa adanya ibu bapa mereka. Mereka lupa bahawa mereka masih berada di bawah tanggungjawab ibu dan bapa mereka.

Apakah begitu mudah mereka mengikut teman lelaki tersebut hingga sanggup meninggalkan sekolah ? Sebab apakah yang paling munasabah dan sebab yang paling besar yang membuatkan murid tersebut mengambil keputusan untuk keluar ? Hanya pelajar itu yang tahu...

..bersambung sebentar lag, nak g solat jumaat sekejep...
Read more...

Thursday, July 17, 2008

Produk yang sudah berjaya di pasarkan di Pasar Tani anjuran FAMA

0 comments
Di antara produk saya yang telah berjaya memasuki pasar tani mega kelolaan FAMA



Prospepper Burger

Lebanese Breads

Tauhu Bakar

Read more...

Asam Pedas Che Siah..will be in the Pasar Tani soon

0 comments

Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards