Politik adalah satu perkataan yang bukan baru saya ketahu. Saya terlibat dengan politik sekitar penghujung tahun 1998. Pada ketika itu berlaku kejadian "Pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim"(DSAI). Penglibatan saya di bidang politik bukan kerana DSAI,pada ketika itu saya tidak begitu mengenali beliau pun. Meskipun pernah bergiat secara aktif dalam KPIP (Kesatuan Pelajar Islam Perak) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Itupun sewaktu saya bersekolah di Sek.Men.Teknik Ipoh,Persiaran Brash dulu.
Kemudian terlibat dengan Pertubuhan Banjar Semalaysia ,Kelab Siswazah Perak. Itu pun kerana pada waktu itu saya berada di kampung saya. Kebanyakkan orang kampung saya orang banjar. Saya adalah orang Melayu+Jawa+Bugis. Saya terlibat dengan politik bilamana saya sering bersolat berjemaah di Masjid Batu 38,Jalan Keratapi Bukit Merah.
Saya tak tahu bagaimana jiwa dan semangat saya begitu kuat pada ketika itu dengan hanya berbasikal ke masjid dan kadangkala bejalan kaki saja sejauh 4 km, kerana itu saja masjid yang paling hampir dengan rumah saya. Saya akui saya sering mengunjungi masjid ketika itu kerana jiwa saya yang tidak tenteram di rumah. Malah saya boleh pergi masjid solat subuh seawal jam 4.30pagi.
Sejak itu saya mengenali jemaah masjid. Saya tidak pernah terfikir pun soal politik. Saya di ajak menubuhkan cawangan PAS di kampung itu. Oleh kerana ketandusan aktiviti saya bersetuju. Mungkin kerana saya diantara yang termuda dan di pandang macam berpendidikan makanya saya dilantik menjadi setiausaha Pas Cawangan Batu 38.
Majlis penubuhan cawangan dan penyerahan borang seramai lebih kurang 170 orang ahli di hadiri oleh YDP Pas Negeri Perak pada ketika itu yang juga bekas ADUN Gunung Semanggol ,Allahyarham Tn Guru Haji Sabran Asmawi. Ianya menjadi kejutan sehingga gambar saya menyampaikan borang keahlian terpampang di Akhbar Harakah seluruh malaysia.
Penyertaan saya menjadi bualan masyarakat kerana bertentangan dengan tradisi keluarga yang mana ayahanda saya adalah seorang orang kuat UMNO ketika itu. Dan lebih menjadi hangat kerana 90% ahli yang menyertai PAS itu adalah ahli UMNO. Keadaan tersebut menjadikan saya di anggap sebagai musuh oleh ahli UMNO di kampung saya. Saya sendiri tidak menjangkakan keadaan tersebut boleh menajdi sebegitu buruk. Saya yang dari tidak punyai musuh, ketika itu sudah punyai musuh (dalam politik)
Sejak dari itu saya mengenali PAS dan mempelajari siapa itu UMNO dan BN.
bersambung
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Please note,
Some writing and writer in this blog
is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.