Jadilah orang yang dihormati, dihormati atas kebaikan bukan atas keburukan...begitulah, terfikir apabila melihat anak-anak muda sekarang ini, yang sudah hilang rasa hormat kepada orang tua mereka, apabila sudah tiada hormati rasa takut pun akan hilang.
Apabila ibu bapa mereka di takuti, dihadapan mereka tidak lakukan perkara buruk , tetapi di lakukan di belakang mereka. Tetapi apabila perasaan menghormati itu ada di hadapan tak buat di belakang pun tak buat.
Ada diantara kita gemar mengugut, mengugut untuk menimbulakan rasa ketakutan agar tidak melakukan. Sejauh mana ugutan atau teknik ugutan ini membentuk keperibadian kita untuk melakukan perkara yang baik? Kita boleh lihat sendiri keadaannya , disekeliling kita. Sampai satu tahap jiwa mereka yang di ugut ini akan memberontak jua. Apa bila pemberontakan berlaku purak puranda la jadinya.
Semalam saya di maklumkan oleh salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Agama di Utara bahawa 2 orang anak murid beliau hilang dari asrama sekolah, dan tidak pulang-pulang hingga sekarang. Maklumat yang diperolehi oleh rakan-rakan sekolah beliau mengatakan yang murid tersebut keluar mengikut teman lelaki ,yang tidak mereka kenali.
Pelajar sekolah menengah yang sudah dewasa begitupun sudah tidak mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka lupa adanya ibu bapa mereka. Mereka lupa bahawa mereka masih berada di bawah tanggungjawab ibu dan bapa mereka.
Apakah begitu mudah mereka mengikut teman lelaki tersebut hingga sanggup meninggalkan sekolah ? Sebab apakah yang paling munasabah dan sebab yang paling besar yang membuatkan murid tersebut mengambil keputusan untuk keluar ? Hanya pelajar itu yang tahu...
..bersambung sebentar lag, nak g solat jumaat sekejep...
Friday, July 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Please note,
Some writing and writer in this blog
is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards
3 comments:
takut..penakut..ketakutan
pentas dunia sekarang bukan milik 'pelakon' zaman dahulu..pentas dunia sekarang adalah milik 'pelakon' zaman sekarang..
pentas sekarang adalah hasil pengembangan,anjakan,penerobosan pentas zaman dahulu..adakah ia salah?sudah tentu tidak.
jadi apa,siapa yang salah?keadaan?masa?manusia?..meletakkan kesalahan pada sesuatu yang tidak dapat disahkan adalah tidak adil..sebab ianya akan menjurus kepada persoalan akidah..
perkataan punca adalah teori perletakan alasan yang mana ia memudahkan untuk merungkai sesuatu persoalan.
keterbukaan secara keterlaluan mungkin boleh dijadikan punca..mungkin., mungkin tidak?
komplikasi sikap pelakon zaman sekarang adalah rentetan daripada pelbagai bentuk 'pencemaran'.
orang zaman dahulu kebanyakkannya takut dengan 'pencemaran-pencemaran' zaman sekarang yang sekian lama..makin meracuni akal dan hati..
perubahan masa menjadi terlalu pantas sampaikan tak terkejar..dan dalam masa pengejaran itulah racun-racun pencemaran meresapi akal dan hati orang zaman sekarang..
menakutkan?..tapi prcayalah...setakat racun dalam dunia ini..takkan dapat menandingi waima satu pun kalam ALLAH jika di amalkan.
-cempiang
Salam singgah tuan rumah..
Satu post yang bagus untuk ingat mengingati..
:)
p/s : camne jualan prospepper burger?
kena rasa ni..
yer rizal, alhamdulillah setakt ini permintaan terhadap propeper burger sanggat menggalakan. Namum begitu masih ada perkara yang perlu diperbaiki, disebabkan produk ini baru dipasaran dan masih menunggu respon pengguna maka saya masih dalam proses membuat penambah baikan...
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.