Pages


 

Sunday, June 29, 2008

SaffronRice di Pasar Tani Mega , Kelana Jaya

0 comments


28/06/08, pukul 4.30pagi saya bangun, bersiap-siap ke Pasar Tani,Kelana Jaya di bawah tajaan FAMA selangor,



Membawa masuk beras baru dari Iran, yang dinamakan Saffron Rice. Pertama kali berada di pasar tani seawal jam 5.30pagi agak kekok jugak. Tambahan pulak dalam keadaan yang tidak kenal sesiapa. Demi mencari pengalaman sebagai peniaga pasar tani ku teruskan jua.
Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi pergi solat subuh dulu lah.



Dalam jam 6.50 pagi suasana di pasar tani ini semakin ramai di penuhi pengunjung yang berbilang bangsa.

Dalam pukul 7.45 pagi baru ada cutomer pertama yang membeli, cuma sekotak yang berisi 6 container beras dengan setiap satu seberat 220gram. dengan setiap satunya berharga RM7.00

Hurmm seronok jugak meniaga pasar tani hari, hasilnya agak lumayan jugak. Alhamdulillah.

Asal dan tujuan awal menyertai promosi FAMA di pasar tani ini hanyalah untuk memperkenalkan produk beras baru ini sebelum ianya memasuki pasaran secara besar-besaran penghujung tahun ini.



Pasar tani ini di tutup pada pukul 1.00 tgh hari. Penat tapi Puas
Read more...

Thursday, June 26, 2008

Seharian di kampungku

0 comments
Dah lama aku tidak pulang ke kampung halaman, semalam (24/5/2008) balik jengok umah yang di beli tapi tak di duduki, sambil menlihat susana kampung yang sudah lama kutinggalkan,Nama kampung aku ini ialah Kg Kubu Gajah, Semanggol, Perak...hari ini malas nak tulis apa-apa just letak gambar aja:


Rumahku yang sudah lama aku tinggalkan...sejak dari beli dahulu tahun 2007. Tapi masih terjaga rapi , meskipun sekali sekala ku pulang. Rumah aku neh di beli dengan harga Rm126,000, murahkan !!?? Semi D tuh, yer la kat kawasan kampung. Kalau kat KL mau mahal gile regenyer, rumah ini didirikan di kawasan tanah sawah padi dan kemudian tanah tersebut di convert menjadi tanah perumahan. Kalau tak silap aku ada lebih kurang 4 rumah bungalow ,8 buah rumah Semi D dan lebih 40 rumah teres di bina di kawasan perumahan aku neh.


Nama jalan nak masuk rumah ku

Tepi umah yang masih dalam proses pembersihan

Ruang tamu umah yang baru ada TV kecik n Frame Gambar Batik sumbangan kakak aku sendiri.
Ruang Dapur yang baru ada seketul dua peralatan dapur.
Bilik tidur aku yang sudah lama tak kutiduri

Sudut halaman rumah yang masih belum ada apa2 lanskap menarik.


Halaman belakang rumah, sempat tanam pokok pisang jek

Pokok ciku yang aku tanam setahun yang lalu, ritu dah ada buah yang masak, tapi tak sempat makan dah jatuh bawah

Ni pokok Gajus @ Janggus, aku tanam jugak pokok neh , buah nyer kalau buat masak pajeri hurmmm sedap giler
Pokok Mangga pun aku tanam jugak
View menarik yang boleh dilihat dari rumah aku iaitu kawasan tanaman padi yang luas dan menghijau


Kawasan Peranginan Bukit Merah Lake Town Resort yang berhampiran dengan rumah dan kampung aku.

Ni gambar kawasan tanah perkuburan , tempat di mana Pusara Arwah Ibuku disemadikan, aku mengambil kesempatan mengunjungi pusaranya disetiap kali kepulanganku.

Read more...

Monday, June 23, 2008

(CP) Jangan Kahwini ....

0 comments


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
Read more...

Saturday, June 21, 2008

Kenapa Ko Meniaga Malam ?

0 comments
Steamboat Saya


Pagi tadi minum dengan rakan yang baru pulang dari NY, seronok sungguh kami bercerita tentang masa silam. Zaman sekolah dulu zaman yang paling best sekali. Zaman yang tak mungkin kembali. Dalam dok sembang-sembang "buhung" kata orang kedah, tiba2 dia tanya aku kenapa ko meniaga mlm pulak? tak cukup ker dengan apa yang ko ada? Huh?

Kokokkok, saya gelak jek..

Saya cakap kerana kewajipan dan tuntutan. Kita jangan jadi pemalas, bila kita sudah berada di zon yang selesa biasanya kita sudah tidak mahu melakukan apa2 lagi. Kita cuma maintain dengan apa yang ada. Kita tidak berani dan mahu berusaha lagi. Itu pendapat sayalah.

Apabila membincangkan soal "kenapa berniaga ini?" sebenarnya panjang sekali kalau nak di debatkan, ia akan bersangkut paut dengan soal perilaku kita. Maju mundur kita yang mungkin perbincangan itu akan menyentuh soal kelemahan diri kita.

Ada mungkin yang marahkan saya seperti sebelum ini yang menyalahkan saya mengutuk bangsa sendiri. Saya katakan saya bukan mengutuk tetapi mengkritik, biarpun pedas tapi satu kritikan yang membina.

Saya heran kenapa yang lemahnya banyak bangsa kita. Kita cuma kuat dari segi politik, dari segi pangkat, tapi hakikatnya kita tidak punya apa2. Kita adalah Pegawai Besar di Jab Kerajaan , tapi rumah ,tanah tidak ada. Usah bercerita pasal pegawai besar. sebab bilangannya sedikit. Kita bercakap tentang bangsa kita yang ramai tu, yang dah bertahun2 keje sebagai operator kilang, kerani2, balaci2 sapa2 pun.

Pagi tadi masa sambil minum, aku terfikir, berduyun-duyun kaum cina pegi pasar pagi, joging dan minum2 sambil bergelak ketawa. Dan dalam masa yang sama jugak aku terpandang berduyun2 anak bangsa kita berpakaian kemas, ada yang beruniform menunggu bas , mungkin nak pegi keje. Kita bersusah payah bekerja untuk sapa agaknya ya. Duit gaji cukup2 makan. Lepastu mengeluh. Tapi hakikatnya jalan keluar ada dihadapan tapi tak buat apa pun. Kaum cina dan india tok sah cakap la. Dah maju 20-30 tahun kehadapan. Kita bangsa melayu baru nak bermula. Bengong!! cakap jek pandai. apa pun tarak....

Kedai runcit bawah apartment aku neh ada 2 bijik, semuanya dimiliki oleh bangsa Aceh. Nak bukak restoran kena bersaing dengan kedai mamak. Nak bukak kedai runcit jgn cakap la. Orang kita neh,Sorang bukak gerai nasi lemak, semua nak bukak gerai nasi lemak pastu sorang2 tutup. Bodoh!! ilmu kurang tapi tak mo belajar. Pemalass..cakap aja pandai.

Nak bergaya lebeh, baru pandai sket dah berlagak macama apa jek. Orang kite neh la. Sapa yang paling banyak "merempit" ?, Sapa paling banyak jadi operator kilang? Sapa paling banyak jadi kerani? Sapa paling banyak jadi promotor2? sapa paling banyak jadi tukang sapu sampah? semua orang2 neh bekerja untuk sapa banyak ? Untuk orang lain , untuk orang2 yang pagi2 pergi berjoging, malam2 pergi shoping kat london, kat china kat hongkong. Kita berkerja siang dan malam untuk mereka, banyak untuk mereka yang dapat kat kita cuma sikit jek. Tu pun nak berlagak, masih nak bangga diri. "Aku bekerja kat Bank", "Aku berkerja kat Telekom" "Aku bekerja kat company MNC" . Dengan bangganya . Tapi cuba tanya berapa saving dalam akaun ? Berapa banyak umah ko ada? Berapa ekar tanah ko ada? Tak ada , kalau ada pun mungkin tanah pusaka. Kalau ada umah pun umah sewa.
Atas sebab2 inilah kita semua patut berniaga,siang dan malam...9/10 rezeki kan banyak dalam pernigaan, kenapa kita masih bodoh nak berebut yang 1/10 tuh...

Wahai anakku, belajar rajin2 yer biar sampai boleh KEJE kat company besar ye >>> Wahahi anakku, belajar rajin2 yer biar sampai BELI company besar ye >>> FIKIRLAH bezanyer....
Read more...

Monday, June 16, 2008

Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah

0 comments
Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.


Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi


• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).




Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.
(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)
(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)



Untuk keterangan lanjut : sini



Read more...

Sunday, June 15, 2008

Perutusan Sampena Ulang Tahun Ke Lahiran Ke 32

0 comments
Assalamualaikum wth,

Bismillahirohmanirohim, Alhamduillah hilazi arsalarasulalahu bil huda wadinil haq,

Bersyukur kepada Allah Swt atas kelahiran Ibnu Taharim pada hari ini dalam tahun 1976. Dalam tagisan kegembiraan menyambut kelahiran Ibnu Taharim setelah beberapa jam di susuli dengan tagisan kesedihan atas pemergian Ibu Ibnu Taharim. Allahuakbar, Allah Maha Besar yang menentukan kejadian kelahiran dan ajal.

Al Fatihah - Buat Ibuku yang tercinta (Siti Bedah Binti Ahmad) yang genap 32 tahun pemergiannya.
Read more...

Wednesday, June 11, 2008

Steamboat saya sudah beroperasi di puchong....sila la datang

1 comments

Setelah mengambil masa hampir 2 bulan, maka apa yang di rancang telah di sempurnakan, Kiosk Steamboat , yang menggunakan jenama "saffron steamboat" , beroperasi dari pukul 8.00mlm hingga 12.00 malam, di Kiosk Mpsj , Bandar Puteri Puchong.
Kiosk steamboat milik saya dan cetuskan oleh saya ini adalah satu satunya kioks steamboat melayu yang beroperasi di bandar puteri puchong.


Dengan lafaz "Bismillahirohmanirohim" akhirnya kiosk yang kecil ini dapat di sempurnakan pembukaan pada hari Isnin ,9 Jun 2008 pada jam 8.00 mlm.
Alhamduillah pada hari pertama operasi sudah menampakkan sambutan dari pembeli yang lalu lalang disitu.

Read more...

Friday, June 6, 2008

Kesusahan yang melampau...

0 comments
Sepanjang perjalanan pulang dari kuala terengganu, aku melihat beberapa perkampungan yang kecil di temerloh. Agaknya bagaimana mereka menerima berita tentang kenaikan harga minyak ini ya. Barangan lain sudah tentu akan naik juga. Hari ini ketika aku menulis tentang perkara ini beberapa syarikat pengangkutan sudah mengumumkan kenaikan harga tambang dan charge pengangkutan mereka bagi mengimbangi kos operasi mereka.

Apa yang pasti kadar inflasi pasti akan melonjak tinggi, Logik kah kita adalah sebuah negara pengeluar minyak tapi punyai tarif minyak yang tinggi berbanding dengan negara pengeluar yang lain. Alasan harga minyak dunia meningkat dn kerajaan sudah tidak mampu menanggung subsidi minyak.
Read more...

Friday, May 30, 2008

Malasla dengan mereka....

1 comments
Huh ..ari ni aku jadi malas sangat..tak tau pasal apa..tapi memang malas..dan adaalanya givup pong ada...kuar tajuk dan konsep sket ari nih...

Bengang dan biul pun ada, pelik pun ada bila fikir dan kenangkan per yang berlaku. Kata tak nak kuar nak rehat kat umah, tapi kuar jugak, senyap2 pulak tu, pelik tul la..naper tak nak terus terang je. Rimau ker aku neh...

Kita bagi kasih sayang sepenuhnya. tatang mcm sedara mara.. fikirkan sedara mara..biar kita tak makan tapi sedara dapat makan..

Kadang-kadang pelik dengan manusia-manusia neh, kita sanggup korban untuk mereka tapi meraka tak sanggup nak luangkan masa pun bila kita perlukan mereka. Kita bukan nak duit depa pun kita cuma nak temani kita. Bukan kena kuar duit pun. Tu pun tak leh buat. Bila kita tak tolong depa kata mcm2 kat kita, depa kata kita sewel la kedekut ayam la apa la..macm2.

Tak pa tak pa, Tok guru dah pesan "Biar la orang baling kita dengan tahi ayam pun , kita baling mereka dengan bunga"

Sekadar meluahkan per yang dirasa tak simpan dalam ati pun.
Read more...

Sunday, May 25, 2008

Sedap....

0 comments







Menyelerakan sekali......

Read more...

Disebalik Kejayaan Seorang Lelaki.......

0 comments
Barang kali ada yang pernah mendengar orang kata, "di sebalik kejayaan seorang lelaki , berdirinya seorang wanita di belakangnya" dan ada yang menambah " disebalik kegagalan seorang lelaki juga berdiri dibelakangnya seorang wanita "..

Namun ada tambahan lagi terhadap kata-kata ini, "Disebalik kegagalan seorang suami, wujudnya seorang wanita yang bukan isteri di belakangnya"

Cukup kuat sekali peranan wanita dalam menaikkan sesebuah tamadun yang di kepalai oleh seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki yang hidup dalam suasana yang cukup mencabar ini sudah pasti turut merasai apa yang di maksudkan dengan kata-kata diatas.

Kita cukup mengakui wanita berperanan penting dalam menggerakkan sesuatu perkara baik mahupun buruk. Oleh sebab wanita ini begitu berpengaruh dalam menggerakkan suatu perkara maka mungkin disebabkan itulah iblis laknantullah menggunakan wanita sebagai senjata untuk menjatuhkan keimanan seseorang lelaki itu.

Sebagai seorang lelaki , teringat kepada satu kata-kata yang terdapat di sebuah buku yang pernah saya baca 10 tahun yang lepas yang menyebut, "wanita itu dijadikan daripada tulung rusuk yang bengkok, dan sifat semula jadinya seakan tulang itu iaitu bengkok, maka kalau tersalah cara untuk membentuk, tulang itu boleh patah dan kalau nak dibiarkan saja ,wanita itu akan terus bengkok sifatnya "

Tetapi sekuat-kuat lelaki kadang-kadang tewas juga dengan pujuk rayu wanita, sepertimana kisah Nabi Adam A.S dengan isterinya Hawa. Tidak kira siapa kita dan dimana kita, harus berwaspada.

Mudahan kita dijauhi oleh ancaman yang membahayakan hidup kita ini.
Read more...

Friday, May 16, 2008

Malayu bunuh Melayu....."Melayu" ???!!!!

0 comments
Blog ni masih berkisar tentang diri penulis blog ini, walaupun pada awlnya ianya dibuka untuk membahasakan isu-isu semasa.

Tetapi oleh kerana tidak ada ruang lain, dan disebabkan perasaan malas nak buat blog lain ,maka disini jugak la diterjemah apa yang ingin diperkatakan meskipun blog ini kelihatan sudah bercampur aduk dengan pelbagai isu.

Hari ini saya ingin membicarakan isu yang saya kira agak sensitif jugak. Maaf seandainya para pembaca sekalian menemui bahasa-bahasa yang agak kurang ajar di blog ini. Sekadar sebagai hiasan tulisan yang tidak "berpendidikan" yang tidak begitu terurus ini.

Semalam saya dihubungi oleh salah seorang kenalan lama. Kenalan yang dahulunya berada di bidang yang sama (Medical). Saya sendiri tidak tahu dia yang telefon ini berikutan beliau menggunakan no telefon yang berlainan. Entah dari mana pun saya tidak tahu yang dia tahu saya sudah mempunyai perusahaan sendiri. Tapi saya cukup terguris bila dia mengatakan yang saya punyai web yang "gah" tapi belum tentu punyai peluang yang bagus. Malah dia jugak turut mengatakan susah untuk berjaya sebab banyak persaingan (walau dia meminta saya menolongnya untuk mendapatkan product exclusive agency).

Malah ada banyak lagi perkataan beliau yang saya kira bisa membunuh semangat saya untuk meneruskan perusahaan saya yang masih kecil ini.

Tapi tidak bila saya berjumpa dengan rakan saya yang juga dalam bidang perubatan yang berbangsa cina ini. Rakan saya yang saya namakan Mr Yap ini begitu menyokong saya berada di dalam bidang ini. Malah beliau banyak memberi tips bagaimanan untuk berjaya. Beliau juga ada menyentuh isu malayu yang kira amat betul. Orang melayu "penakut dan pemalas" . Nak senang saja, nak senang cepat, tak nak berusaha lebih, katanya dalam satu pertemuan di sebuah restoran berhampiran rumah saya.

Dia juga memberi pendapat , kenapa begitu ramai melayu yang menduduki tahta "Operator Pengeluaran" di kebanyakan kilang dinegara ini. Sebabnya ialah mereka 'Sangat Pemalas dan Penakut" . Orang melayu adalah rakyat negara ini,dilahirkan disini tapi tapi kuli sebab orang melayu penakut dan pemalas, nak senang cepat. Tak sanggup mengambil risiko. Maka jadilah kuli walaupun tak suka. Tapi dah malas nak fikir dan penakut nak berubah. Jadilah kuli sampai ke hari tua.

Lihat orang bangsa lain, indonesia contohnya, sanggup meredah lautan ,menyabung nyawa berada dibangunan tinggi. Akhirnya bangsa mereka ini sekarang sudah kelihatan punyai kekuatan untuk memonopoli perniagaan dan kawasan perniagaan penting di ibu kota.

Tapi orang melayu nak meniaga goreng pisang pun tak mampu nak beli payong. Kalau mampu pon tak berani nak meniaga.

Orang cina datang kesini asalnya sebagai pelombong-pelombong bijih timah. Tapi hasil usaha yang tidak mengenal jemu kini orang cina banyak mengusai sektor peniagaan di negara ini. Orang melayu cuma terselamat sebab hak keistimewaan orang melayu di jamin perlembagaan negara. Tapi hakikatnya apa yang orang melayu ada. Perlembagaan hanya jaminan. Tapi orang melayu tetap tak punyai kekuatan apa-apa.

Saya melihat kepada skop yang lebih luas. Dimana orang cina sekarang ini begitu mementingkan aspek kekeluargaan dimana proses pembesaran kekeluargaan di lakukan dengan begitu berhemah. Sedangkan orang melayu banyak yang buang anak,buang generasi. Tidak pernahkan kita terfikir akan bilangan bangsa melayu yang mungkin berkurangan akibat pertambahan bilangan bangsa lain.

Saya tidak berniat mempersoalkan semangat 'bangsa'. Tetapi perkara ini jarang dianggap serius. Kita kena ingat negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dia mana siapa yang punyai kuasa majoriti akan punyai kuasa memerintah. Undang-undang boleh diubah dengan kuasa parlimen. Saya tidak kisah kalau kuasa parlimen dikuasai oleh orang Islam yang mungkin juga berbangsa cina atau india, asalkan mereka (cina dan india) beragama islam. tidak mengapa. Tapi bagaimana kalau dikuasai oleh orang yang bukan islam?

Bekas bos saya juga dahulu bilamana saya berkerja denganya begitu lantang bercakap soal bangsa melayu. Tetapi apabila saya mengambil keputusan untuk turut sama berkecimpung dalam bidang yang sama sebagai pemain (player) /perusaha. Saya dianggap pula sebagai musuh, malah beliau mengambil langkah memburuk-burukan saya ruang pasaran. Saya melabel beliau sebagai seorang yang berniat "Membunuh" saya . Dia orang Malayu saya orang Melayu . Malayu bunuh Melayu...saya pun "Melayu".
Read more...

Wednesday, May 14, 2008

Steamboat Kite Vs Steamboat Diaorg .....

1 comments


Kiosk Steamboat (Melayu) yang terletak dihadapan Bagunan Maybank ,puchong jaya. Difahamkan beliau beropersi lebih dari 3 tahun disini. Kiosk tersebut adalah satu satunya steamboat melayu yang ada di puchong.



Gerai steamboat milik kaum tionghua , juga yang berada berhampiran tempat yang sama di pusat bandang puchong jaya.


Deretan gerai steamboat kaum tionghua di pusat bandar puchong jaya.

Read more...

Mahal betul................!!!!?????

0 comments


Tengok betul2 resit pembayaran tuh...yang atas tu Kopi O Ais - RM1.70 ,
line no 2 tu Milo Ais - RM2.10 dan yang last tu Capati - RM1.60 .

Lokasi : Restoran Syed Bistro , Puchong Perdana
Masa : 9.00 mlm
Bayaran : Tunai

Gila bapak mahal betul rege makanan dan minuman sekarang nih , Bisa mati gue.....
Read more...

Tuesday, May 13, 2008

Orang Hitam....apa pekerjaan mereka sebenarnya !!!???

0 comments


Ada yang menggelar mereka ini "Awang Itam" , mungkin kerana keseluruhan diri mereka ini hitam kecuali gigi mereka. Dalam satu operasi "Putih" yang saya sertai 2 minggu yang lepas bersama pasukan Polis dan Rela di kawasan tempat tinggal aku , lebih dari 100 buah rumah kami buat pemeriksaan dan kami dapati kumpulan mereka ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Operasi tersebut dijalankan atas aduan awam terhadap golongan mereka ini yang semakin ramai berkumpul di kawasan perumahan tersebut. Dan ada yang berkumpul hanya sekadar bersembang dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengusik gadis-gadis yang lalu lalang berhampiran mereka.
Pada masa yang berlainan ada dikalangan penduduk yang terserempak golongan mereka ini bersama gadis tempatan berdua-duaan di taman perumahan mereka dan ada juga yang kelihatan keluar menaiki bas bersama-sama yang tidak diketahui tujuannya kemana.
Malah ada juga mereka ini yang tidak segan silu berpelukan dan bermesraan di hadapan umum. Perlakuan tersebut mengundang kemarahan apatah lagi di lakukan bersama pasangan mereka yang terdiri dari gadis melayu dan ada yang bertudung.
Kenapa dan mengapa hingga ketahap ini moral orang kita? Begitu murah sungguh nilai dan maruah anak bangsa kita dan malah yang menyedihkan lagi mereka (gadis) ini kebanyakan beragama islam.
Kalau di perhatikan golongan mereka ini berkereta mewah (mungkin di sewa) , tetapi perkerjaan mereka dikuwatiri kesahihan dan kehalalanannya. Mereka tidak seperti pelancong asing yang lain. Ada rakan saya yang menceritakan bagaimana golongan mereka ini begitu extrimis dan aktif dalam ruangan sembang internet malah gemar menggunakan perkhidmatan laman web seperti TaGing, MySpace, Friendster untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan dengan anak gadis tempatan.
Apa yang menjadi persoalannya sekarang kelihatan mereka ini seperti mempunyai agenda tersembunyi atau dalam ertikata lain mempunyai niat jahat tertentu. Mereka yang kebanyakan memasuki negara ini menggunakan Pas Pelancong dan Pas Pelajar dilihat bukan untuk melancong tetapi melakukan tipu daya seperti yang banyak dilaporkan akhbar. Apa yang menghairankan kita bagaimana mungkin gadis tempatan kita mudah terpedaya dengan mereka ini.
Pada sesi topik akan datang saya akan menunjukan bukti dalam bentuk video tetang aksi mereka ini bersama gadis tempatan yang seringkali dilihat dihadapan kawasan perumahan saya.



Read more...

Monday, May 12, 2008

Dulu di katakan gila, sekarang di puja..

0 comments

Kisah ini berlaku 5 tahun yang lepas di mana beliau dikatakan "gila" bila beliau mengambil keputusan untuk mengerjakan kawasan seluas lebih 10 ekar ini untuk dijadikan kawasan pertanian. Untuk makluman kawasan tersebut adalah kawasan paya yang terletak di tepi sungai yang seringkali banjir. Tiada tanaman yang yang boleh ditanam, kawasan tersebut yang seringkali ditenggelami banjir membuatkan tiada sesiapa yang berani dan berminat mengusahakannya.

Berkat ketekunan dan ketabahan beliau kini kawasan tersebut menjadi kawasan pertanian dan tanaman kelapa sawit yang sangat berpotensi. Malah kesan dari tindakan beliau yang dahulunya di anggap "gila" yang membuka dan meneroka kawasan tersebut kini kawasan sekitarnya juga menjadi rebutan penduduk untuk di usahakan.

Dan yang dikatakan orang gila itu ialah "aku" sendiri, aku dikatakan gila..biarla orang kata aku gila tapi aku tak nyusahkan orang..












Sesuatu idea yang bernas dan berjaya itu kadang-kadang memang dianggap "Gila"













Read more...

Sunday, May 11, 2008

(CP) Semakin dididik, semakin rosak..!!!????

0 comments
Pendidikan seks: Kerajaan jangan hanya "tangkap muat"
Aniz Nazri
Sat May 10, 08 5:35:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato' Ng Yen Yen untuk memasukkan slot Pendidikan Seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Kekerapan pelbagai masalah bersilihganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seksual, peras ugut, ragut, mencabul, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang ialah sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih telah direkodkan.

Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa ialah apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan di mana mereka berjauhan daripada pemerhatian keluarga.

Read more...

Friday, May 9, 2008

(CP) Budaya bisnes...

0 comments

Bagi saya keusahawanan bukanlah satu aktiviti suka-suka atau cuba-cuba.Ianya satu budaya,satu komitmen dan satu penghayatan.Ianya adalah maruah dan harga diri bangsa.

Jepun kalah perang dunia ke-2 pada tahun 1945. Mereka terus mengubah strategi kepada peperangan ekonomi. Seluruh rakyat dirangsang untuk berjuang membangunkan bangsa dan negara.

Para isteri dirumah akan hairan dan akan rasa malu kepada jiran sebelah rumah jika suami balik awal daripada kerja.Akhirnya dunia melupakan kehinaan Jepun sebab kekalahannya dalam perang dunia ke-2. Sebaliknya dunia kini mengagumi kehebatan dan kecermelangan ekonomi jepun.

Salahkah kalau saya katakan bahawa banyak rumah bukan Melayu menjadi pengkalan perusahaan sedangkan rumah orang Melayu hanya menjadi pengkalan hiburan.

Hari-hari aktiviti yang aktif dirumah orang Melayu ialah TV!TV!TV! Dari golongan nenek nenek sampailah cucu cucu ..TV!TV!TV!.

Sekarang ini demam program realiti. Satu isi rumah khusyuk menghayatinya. Tetapi hakikatnya kita semua tersisih dari dunia realtiti.Orang Melayu teus dalam khayalan dan imaginasi.

rumah orang China... masuk tepung keluar pau. Masuk sotong kering keluar sotong kembang. Masuk kacang soya keluar tauhu dan tau fu fah. Rumah india masuk beras keluar tosai dan apom,putu bamboo dan putu mayam. Masuk kacang parfu keluar maruku! Rumah Indon.. masuk daging keluar bakso. Rumah Kampuchea ..masuk tepung ubi keluar aiskrim colek!

Rumah Melayu masukkan apa pun tak keluar semula.Masuk tepung ,habis tepung.Masuk kacang ..tak tahu nak diapakan dengan kacang tersebut.

Hantar mesin...mesin habis rosak dan berkarat! Hantar pergi kursus...komplen makan tak cukup...makan tak sedap..guru tak pandai mengajar!!.
Read more...

Thursday, May 8, 2008

(CP) Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan

0 comments










Azamin Amin
Thu May 08, 08 9:30:06 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards