Setelah mengambil masa hampir 2 bulan, maka apa yang di rancang telah di sempurnakan, Kiosk Steamboat , yang menggunakan jenama "saffron steamboat" , beroperasi dari pukul 8.00mlm hingga 12.00 malam, di Kiosk Mpsj , Bandar Puteri Puchong.
Kiosk steamboat milik saya dan cetuskan oleh saya ini adalah satu satunya kioks steamboat melayu yang beroperasi di bandar puteri puchong.
Dengan lafaz "Bismillahirohmanirohim" akhirnya kiosk yang kecil ini dapat di sempurnakan pembukaan pada hari Isnin ,9 Jun 2008 pada jam 8.00 mlm.
Alhamduillah pada hari pertama operasi sudah menampakkan sambutan dari pembeli yang lalu lalang disitu.
1 comments:
Salam, boleh terangkan dgn lebih lanjut lokasi Kiosk MPSJ ni? Saya pernah cari sekitar Bdr Puteri, tapi malangnya tak jumpa. T/kasih.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.