Satu pagi, ketika hendak ke sekolah ayah aku bertanya, “ada belanja sekolah tak ?” , lantas aku menjawab “ada”. Aku bergegas ke sekolah tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Sampai di sekolah pada waktu rehat rakan sekolah ku bertanya, “ko sudah makan ker avi ?” , lantas aku jawab “sudah”.
Hakikatnya aku tidak ada sesen pun di poket aku, aku menipu ayahku kerana aku kesiankan dia tidak punyai cukup wang dan teringat susah payah beliau bekerja di sawah.
Hakikatnya lagi aku jugak belum makan pun, sekadar nak menghilangkan kerisauan dia hati rakan2 ku aku jawab la dah makan.
Aku telah menipu kan..? Tapi aku tidak tahu nak klasifikasikan penipuan ini sebagai penipuan yang berdosa atau tidak. Tapi itulah hakikatnya.
bohong..pembohong..pembohongan
ReplyDeleteada satu kisah nabi muhammad saw..berkenaan dengan bohong yang boleh dijadikan ikhtibar..
satu ketika, ketika nabi sedang berjalan jalan..nabi telah terserempak dengan seorang pemuda yang sedang berlari seperti sedang dikejar sesuatu..nabi bertanya,"kenapa engkau berlari?" pemuda itu menjawab, "ada orang hendak membunuh aku, sebab itulah aku lari." kemuadian pemuda itu pun pergi.
tak lama kemudian nabi terserempak pula dengan orang yang mengejar pemuda tersebut.nabi bertanya" kenapa engkau berlari" orang itu menjawab " aku ingin mengejar seorang pencuri,dia telah mencuri barang aku" kata orang tersebut, kemuadian orang itu bertanya lagi,"wahai muhammad, jawablah dengan tahap engkau sebagai seorang rasullullah pertanyaanku ini ,sejak tadi engkau berdiri disini,adakah engkau nampak pencuri tersebut?"
nabi terdiam sejenak dan mengundurkan langkahnya setapak, lalu menjawab " semasa aku disini, aku tidak nampak pencuri tersebut " jawab nabi..
lalu orang tersebutpun beredar tanpa ragu-ragu lagi..
kesimpulan cerita tersebut ialah nabi telah menggunakan dalih untuk menyelamatkan nyawa pemuda tersebut..bukan bohong..sebab itulah nabi mengundurkan langkahnya setapak sebab pada langkah sebelumnya dia tidak nampak pemuda yang dikatakan pencuri tadi...
sekian
cempiang