Pages
Friday, May 30, 2008
Malasla dengan mereka....
Bengang dan biul pun ada, pelik pun ada bila fikir dan kenangkan per yang berlaku. Kata tak nak kuar nak rehat kat umah, tapi kuar jugak, senyap2 pulak tu, pelik tul la..naper tak nak terus terang je. Rimau ker aku neh...
Kita bagi kasih sayang sepenuhnya. tatang mcm sedara mara.. fikirkan sedara mara..biar kita tak makan tapi sedara dapat makan..
Kadang-kadang pelik dengan manusia-manusia neh, kita sanggup korban untuk mereka tapi meraka tak sanggup nak luangkan masa pun bila kita perlukan mereka. Kita bukan nak duit depa pun kita cuma nak temani kita. Bukan kena kuar duit pun. Tu pun tak leh buat. Bila kita tak tolong depa kata mcm2 kat kita, depa kata kita sewel la kedekut ayam la apa la..macm2.
Tak pa tak pa, Tok guru dah pesan "Biar la orang baling kita dengan tahi ayam pun , kita baling mereka dengan bunga"
Sekadar meluahkan per yang dirasa tak simpan dalam ati pun.
Sunday, May 25, 2008
Disebalik Kejayaan Seorang Lelaki.......
Namun ada tambahan lagi terhadap kata-kata ini, "Disebalik kegagalan seorang suami, wujudnya seorang wanita yang bukan isteri di belakangnya"
Cukup kuat sekali peranan wanita dalam menaikkan sesebuah tamadun yang di kepalai oleh seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki yang hidup dalam suasana yang cukup mencabar ini sudah pasti turut merasai apa yang di maksudkan dengan kata-kata diatas.
Kita cukup mengakui wanita berperanan penting dalam menggerakkan sesuatu perkara baik mahupun buruk. Oleh sebab wanita ini begitu berpengaruh dalam menggerakkan suatu perkara maka mungkin disebabkan itulah iblis laknantullah menggunakan wanita sebagai senjata untuk menjatuhkan keimanan seseorang lelaki itu.
Sebagai seorang lelaki , teringat kepada satu kata-kata yang terdapat di sebuah buku yang pernah saya baca 10 tahun yang lepas yang menyebut, "wanita itu dijadikan daripada tulung rusuk yang bengkok, dan sifat semula jadinya seakan tulang itu iaitu bengkok, maka kalau tersalah cara untuk membentuk, tulang itu boleh patah dan kalau nak dibiarkan saja ,wanita itu akan terus bengkok sifatnya "
Tetapi sekuat-kuat lelaki kadang-kadang tewas juga dengan pujuk rayu wanita, sepertimana kisah Nabi Adam A.S dengan isterinya Hawa. Tidak kira siapa kita dan dimana kita, harus berwaspada.
Mudahan kita dijauhi oleh ancaman yang membahayakan hidup kita ini.
Friday, May 16, 2008
Malayu bunuh Melayu....."Melayu" ???!!!!
Blog ni masih berkisar tentang diri penulis blog ini, walaupun pada awlnya ianya dibuka untuk membahasakan isu-isu semasa.Tetapi oleh kerana tidak ada ruang lain, dan disebabkan perasaan malas nak buat blog lain ,maka disini jugak la diterjemah apa yang ingin diperkatakan meskipun blog ini kelihatan sudah bercampur aduk dengan pelbagai isu.
Hari ini saya ingin membicarakan isu yang saya kira agak sensitif jugak. Maaf seandainya para pembaca sekalian menemui bahasa-bahasa yang agak kurang ajar di blog ini. Sekadar sebagai hiasan tulisan yang tidak "berpendidikan" yang tidak begitu terurus ini.
Semalam saya dihubungi oleh salah seorang kenalan lama. Kenalan yang dahulunya berada di bidang yang sama (Medical). Saya sendiri tidak tahu dia yang telefon ini berikutan beliau menggunakan no telefon yang berlainan. Entah dari mana pun saya tidak tahu yang dia tahu saya sudah mempunyai perusahaan sendiri. Tapi saya cukup terguris bila dia mengatakan yang saya punyai web yang "gah" tapi belum tentu punyai peluang yang bagus. Malah dia jugak turut mengatakan susah untuk berjaya sebab banyak persaingan (walau dia meminta saya menolongnya untuk mendapatkan product exclusive agency).
Malah ada banyak lagi perkataan beliau yang saya kira bisa membunuh semangat saya untuk meneruskan perusahaan saya yang masih kecil ini.
Tapi tidak bila saya berjumpa dengan rakan saya yang juga dalam bidang perubatan yang berbangsa cina ini. Rakan saya yang saya namakan Mr Yap ini begitu menyokong saya berada di dalam bidang ini. Malah beliau banyak memberi tips bagaimanan untuk berjaya. Beliau juga ada menyentuh isu malayu yang kira amat betul. Orang melayu "penakut dan pemalas" . Nak senang saja, nak senang cepat, tak nak berusaha lebih, katanya dalam satu pertemuan di sebuah restoran berhampiran rumah saya.
Dia juga memberi pendapat , kenapa begitu ramai melayu yang menduduki tahta "Operator Pengeluaran" di kebanyakan kilang dinegara ini. Sebabnya ialah mereka 'Sangat Pemalas dan Penakut" . Orang melayu adalah rakyat negara ini,dilahirkan disini tapi tapi kuli sebab orang melayu penakut dan pemalas, nak senang cepat. Tak sanggup mengambil risiko. Maka jadilah kuli walaupun tak suka. Tapi dah malas nak fikir dan penakut nak berubah. Jadilah kuli sampai ke hari tua.
Lihat orang bangsa lain, indonesia contohnya, sanggup meredah lautan ,menyabung nyawa berada dibangunan tinggi. Akhirnya bangsa mereka ini sekarang sudah kelihatan punyai kekuatan untuk memonopoli perniagaan dan kawasan perniagaan penting di ibu kota.
Tapi orang melayu nak meniaga goreng pisang pun tak mampu nak beli payong. Kalau mampu pon tak berani nak meniaga.
Orang cina datang kesini asalnya sebagai pelombong-pelombong bijih timah. Tapi hasil usaha yang tidak mengenal jemu kini orang cina banyak mengusai sektor peniagaan di negara ini. Orang melayu cuma terselamat sebab hak keistimewaan orang melayu di jamin perlembagaan negara. Tapi hakikatnya apa yang orang melayu ada. Perlembagaan hanya jaminan. Tapi orang melayu tetap tak punyai kekuatan apa-apa.
Saya melihat kepada skop yang lebih luas. Dimana orang cina sekarang ini begitu mementingkan aspek kekeluargaan dimana proses pembesaran kekeluargaan di lakukan dengan begitu berhemah. Sedangkan orang melayu banyak yang buang anak,buang generasi. Tidak pernahkan kita terfikir akan bilangan bangsa melayu yang mungkin berkurangan akibat pertambahan bilangan bangsa lain.
Saya tidak berniat mempersoalkan semangat 'bangsa'. Tetapi perkara ini jarang dianggap serius. Kita kena ingat negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dia mana siapa yang punyai kuasa majoriti akan punyai kuasa memerintah. Undang-undang boleh diubah dengan kuasa parlimen. Saya tidak kisah kalau kuasa parlimen dikuasai oleh orang Islam yang mungkin juga berbangsa cina atau india, asalkan mereka (cina dan india) beragama islam. tidak mengapa. Tapi bagaimana kalau dikuasai oleh orang yang bukan islam?
Bekas bos saya juga dahulu bilamana saya berkerja denganya begitu lantang bercakap soal bangsa melayu. Tetapi apabila saya mengambil keputusan untuk turut sama berkecimpung dalam bidang yang sama sebagai pemain (player) /perusaha. Saya dianggap pula sebagai musuh, malah beliau mengambil langkah memburuk-burukan saya ruang pasaran. Saya melabel beliau sebagai seorang yang berniat "Membunuh" saya . Dia orang Malayu saya orang Melayu . Malayu bunuh Melayu...saya pun "Melayu".
Wednesday, May 14, 2008
Steamboat Kite Vs Steamboat Diaorg .....


Gerai steamboat milik kaum tionghua , juga yang berada berhampiran tempat yang sama di pusat bandang puchong jaya.
Deretan gerai steamboat kaum tionghua di pusat bandar puchong jaya.
Mahal betul................!!!!?????
Tuesday, May 13, 2008
Orang Hitam....apa pekerjaan mereka sebenarnya !!!???

Monday, May 12, 2008
Dulu di katakan gila, sekarang di puja..

Kisah ini berlaku 5 tahun yang lepas di mana beliau dikatakan "gila" bila beliau mengambil keputusan untuk mengerjakan kawasan seluas lebih 10 ekar ini untuk dijadikan kawasan pertanian. Untuk makluman kawasan tersebut adalah kawasan paya yang terletak di tepi sungai yang seringkali banjir. Tiada tanaman yang yang boleh ditanam, kawasan tersebut yang seringkali ditenggelami banjir membuatkan tiada sesiapa yang berani dan berminat mengusahakannya.
Berkat ketekunan dan ketabahan beliau kini kawasan tersebut menjadi kawasan pertanian dan tanaman kelapa sawit yang sangat berpotensi. Malah kesan dari tindakan beliau yang dahulunya di anggap "gila" yang membuka dan meneroka kawasan tersebut kini kawasan sekitarnya juga menjadi rebutan penduduk untuk di usahakan.
Dan yang dikatakan orang gila itu ialah "aku" sendiri, aku dikatakan gila..biarla orang kata aku gila tapi aku tak nyusahkan orang..

Sunday, May 11, 2008
(CP) Semakin dididik, semakin rosak..!!!????
| Aniz Nazri Sat May 10, 08 5:35:24 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato' Ng Yen Yen untuk memasukkan slot Pendidikan Seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Kekerapan pelbagai masalah bersilihganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seksual, peras ugut, ragut, mencabul, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang ialah sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih telah direkodkan. Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa ialah apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan di mana mereka berjauhan daripada pemerhatian keluarga. |
Friday, May 9, 2008
(CP) Budaya bisnes...

Jepun kalah perang dunia ke-2 pada tahun 1945. Mereka terus mengubah strategi kepada peperangan ekonomi. Seluruh rakyat dirangsang untuk berjuang membangunkan bangsa dan negara.
Para isteri dirumah akan hairan dan akan rasa malu kepada jiran sebelah rumah jika suami balik awal daripada kerja.Akhirnya dunia melupakan kehinaan Jepun sebab kekalahannya dalam perang dunia ke-2. Sebaliknya dunia kini mengagumi kehebatan dan kecermelangan ekonomi jepun.
Salahkah kalau saya katakan bahawa banyak rumah bukan Melayu menjadi pengkalan perusahaan sedangkan rumah orang Melayu hanya menjadi pengkalan hiburan.
Hari-hari aktiviti yang aktif dirumah orang Melayu ialah TV!TV!TV! Dari golongan nenek nenek sampailah cucu cucu ..TV!TV!TV!.
Sekarang ini demam program realiti. Satu isi rumah khusyuk menghayatinya. Tetapi hakikatnya kita semua tersisih dari dunia realtiti.Orang Melayu teus dalam khayalan dan imaginasi.
rumah orang China... masuk tepung keluar pau. Masuk sotong kering keluar sotong kembang. Masuk kacang soya keluar tauhu dan tau fu fah. Rumah india masuk beras keluar tosai dan apom,putu bamboo dan putu mayam. Masuk kacang parfu keluar maruku! Rumah Indon.. masuk daging keluar bakso. Rumah Kampuchea ..masuk tepung ubi keluar aiskrim colek!
Rumah Melayu masukkan apa pun tak keluar semula.Masuk tepung ,habis tepung.Masuk kacang ..tak tahu nak diapakan dengan kacang tersebut.
Hantar mesin...mesin habis rosak dan berkarat! Hantar pergi kursus...komplen makan tak cukup...makan tak sedap..guru tak pandai mengajar!!.
Thursday, May 8, 2008
(CP) Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan


| Azamin Amin Thu May 08, 08 9:30:06 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan. Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan. Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana. "Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya." "Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47) "Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48) Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23. "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22) "(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23) Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: "Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan." "Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan." Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. |
Tuesday, May 6, 2008
(CP) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

L/belakang Syed Mokhtar
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary,menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahanMasjid Negara,sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuktunaikan haji.
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00)pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah.Sebahagian lagi(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiadahari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orangMelayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka(bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka.Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya adac ita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, keTokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai bajuelok. Tapikita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana,hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun kebawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. OrangCina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah.Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yanglebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini.Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama,bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidakpenting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orangramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percayaha nya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supayakita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi,siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Dikampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahuhal-hal asas.Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa.Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah keHaatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.Tetapi saya insaf,beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki.Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, InsyaAllah bolehmaju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak bolehturun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya kemana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak bolehberlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu(kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa puntak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah,dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira.Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang melayu dan islam








